PUTRAJAYA: Susulan isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Indomie Perisa Ayam Spesial, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan pihak syarikat untuk membuat penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran Malaysia.
KKM juga telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran Indonesia di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata KKM mengambil maklum laporan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mengenai isu pencemaran ethylene oxide dalam produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai dari Malaysia dan mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial.
Ethylene oxide merupakan sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.
Ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.
Mengulas mengenai Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Dr Muhammad Radzi berkata persampelan produk berkenaan di Malaysia mendapati ia mematuhi perundangan.
BACA: Dua jenama mi segera dari Malaysia, Indonesia dikesan ada bahan penyebab kanser
"Meskipun begitu, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan berterusan, KKM telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Ah Lai bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada," katanya.
Mengenai produk Indomie Perisa Ayam Spesial, beliau berkata semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia mengesahkan terdapat kemasukan produk mi segera keluaran Indonesia itu ke negara ini.
"Dalam hal ini, KKM telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran," katanya.
Sementara itu, mengenai isu penarikan semula produk Mi Sedaap keluaran Indonesia mengandungi ethylene oxide pada 2022, beliau berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun diimport.
Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, katanya 11 sampel produk Mi Sedaap didapati mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan penarikan balik produk dari pasaran.
"KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan tidak mengambil atau memakan produk terlibat," katanya.
Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu tersebut, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, menyalurkan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
![KKM arah tarik balik mi segera, Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide KKM arah tarik balik mi segera, Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682483310_misegera.jpg)
Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan dua jenama mi segera dari Asia Tenggara mengandungi bahan yang boleh mendorong kepada kanser. - Gambar/Sinar Harian
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720414291_HallasanMountain.jpg)
Kuah mi segera jadi ancaman kerosakan gunung tertinggi Korea Selatan
GUNUNG tertinggi di Korea Selatan dikesan mengalami kerosakan alam sekitar daripada sumber yang tidak dijangka - kuah mi segera.
![Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716109121_TBRAMYEON.jpg)
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
![KKM arah tarik balik mi segera, Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide KKM arah tarik balik mi segera, Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682483310_misegera.jpg)
KKM arah tarik balik mi segera, Mi Sedaap mengandungi ethylene oxide
KKM mengarahkan pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela bagi produk mi segera tempatan dan mi segera dari Indonesia.
![Dua jenama mi segera dari Malaysia, Indonesia dikesan ada bahan penyebab kanser Dua jenama mi segera dari Malaysia, Indonesia dikesan ada bahan penyebab kanser](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682395298_misegera.jpg)
Dua jenama mi segera dari Malaysia, Indonesia dikesan ada bahan penyebab kanser
Jabatan Kesihatan Taipei mengesahkan dua jenama mi segera dari Asia Tenggara mengandungi bahan yang boleh mendorong kepada kanser.
![Beras, mi segera dan susu antara barangan laris di PJMKM DUN Paloh Beras, mi segera dan susu antara barangan laris di PJMKM DUN Paloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662788988_AhmadYakob.jpg)
Beras, mi segera dan susu antara barangan laris di PJMKM DUN Paloh
Barangan tersebut sentiasa menjadi pilihan pelanggan, berikutan potongan harga hingga 20 peratus yang diberikan pada program itu.
![Wanita jamah mi segera minta netizen hentikan kecaman, cemuhan Wanita jamah mi segera minta netizen hentikan kecaman, cemuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651896556_Wanitajamahmisege.jpg)
Wanita jamah mi segera minta netizen hentikan kecaman, cemuhan
Tohmahan dilemparkan netizen berhubung isu yang tular di media sosial sejak Khamis lalu itu hanya mengundang tekanan emosi.
![Kedai di Bangkok tawar lebih 70 jenis mi segera, masak dan terus makan di kedai Kedai di Bangkok tawar lebih 70 jenis mi segera, masak dan terus makan di kedai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648180357_TBinstantnoodles.jpg)
Kedai di Bangkok tawar lebih 70 jenis mi segera, masak dan terus makan di kedai
Baru sahaja dibuka pada Oktober lepas, ia pantas menjadi tarikan, terutamanya bagi golongan muda. Malah dikhabarkan ribuan sudah menjamah mi segera di sana.
![Pencipta Mi Goreng Indomie meninggal dunia Pencipta Mi Goreng Indomie meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61611876957_NunukNuraini.jpg)
Pencipta Mi Goreng Indomie meninggal dunia
Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.
![1.12 juta pek mi segera dirampas guna logo halal dibatalkan JAKIM 1.12 juta pek mi segera dirampas guna logo halal dibatalkan JAKIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610032406_Misegera.jpg)
1.12 juta pek mi segera dirampas guna logo halal dibatalkan JAKIM
Syarikat memproses makanan segera itu masih menggunakan logo halal yang dibatalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
![Gara-gara mi segera, lelaki ugut mahu tumbuk ibunya Gara-gara mi segera, lelaki ugut mahu tumbuk ibunya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81548930292_MiSegera.jpg)
Gara-gara mi segera, lelaki ugut mahu tumbuk ibunya
Gara-gara mi segera, seorang pemuda sanggup mengugut mahu mencederakan ibu kandungnya.