Pasukan keselamatan Myanmar telah membunuh hampir 70 orang semenjak menguasai utara daerah Rakhine semenjak bulan lalu, kata pihak tentera, namun menjelaskan bahawa laporan media mengenai kemusnahan besar-besaran di kawasan tersebut sebagai berita palsu.
Angkatan tentera telah menguasai tanah di sepanjang sempadan Bangladesh, kawasan yang merupakan pusat bagi minoriti Islam Rohingya semenjak insiden serangan di pos sempadan polis pada 9 Oktober.
Perselisihan tersebut berlarutan semenjak hujung minggu apabila tentera telah mengorbankan lebih 30 orang dan menyaksikan penggunaan senjata atas helikopter buat pertama kalinya.
Pemburuan tersebut telah menjadikan jumlah korban sebanyak 69 Rohingya dan 234 lagi ditahan antara 9 Oktober hingga 14 November, menurut sebuah catatan Facebook oleh pejabat tentera pada lewat Isnin.
“Tujuh anggota tentera, termasuk seorang pegawai dan 10 anggota polis telah berkorban nyawa,” jelas beliau lagi.
Anggota tentera Myanmar telah mengawal maklumat mengenai operasi mereka di wilayah tersebut dengan ketat dan menolak dakwaan aktivis mengenai anggota mereka yang membunuh orang awam, merogol wanita dan membakar rumah-rumah.
Kawalan ketat terhadap capaian maklumat kepada kawasan tersebut menyebabkan wartawan dan pemerhati sukar untuk mengesahkan laporan kerajaan atau dakwaan mengenai penyelewengan kuasa ketenteraan.
Bangunan dibakar
Pejabat ketua tentera juga mengeluarkan sebuah maklumat dari Human Rights Watch iaitu sebuah imej satelit yang menunjukkan lebih 400 bangunan musnah di tiga perkampungan Rohingya di mana perselisihan tersebut berlaku.
Kenyataan dari badan tentera tersebut menyatakan hanya 227 bangunan telah dibakar dan mendakwa ia dilakukan 'pengganas' Rohingya bagi mengalihkan dakwaan kepada anggota tentera.
Keganasan yang melarat di Rakhine memberikan satu cabaran besar bagi Aung San Suu Kyi dan kerajaannya, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kuasa pengurusan rakyat beliau bagi mengawal badan ketenteraan.
Rakhine dilanda tekanan agama semenjak keganasaan antara majoriti penganut Buddha dan Islam Rohingya tercetus hingga mengorbankan lebih 100 orang selain memaksa lebih 100,000 orang berpindah ke kem peralihan pada 2012.
Suu Kyi telah berdepan kecaman global khususnya gerakan hak asasi manusia kerana gagal mengeluarkan kenyataan mempertahankan golongan minoriti sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melabelkan beliau sebagai salah seorang penindas dunia.
Agensi
Tue Nov 15 2016
Kawalan ketat terhadap capaian maklumat di Rakhine menyebabkan wartawan dan pemerhati sukar untuk mengesahkan laporan kerajaan atau dakwaan mengenai penyelewengan kuasa ketenteraan. - Gambar fail
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.