KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud telah mengundang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji pada tahun ini, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).
Laporan itu juga menyatakan bahawa Raja Salman, Penjaga Dua Masjid Suci, juga turut mengundang 1,300 jemaah dari lebih 88 negara dan 22 jemaah daripada keluarga kembar siam yang dipisahkan di Arab Saudi, untuk melaksanakan haji tahun ini.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk haji, umrah dan ziarah, yang diselia dan dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.
Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan serta Penyelia Am Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdullatif bin Abdulaziz Al Al-Sheikh berkata sejak perintah diraja dikeluarkan, kementerian telah bersiap sedia untuk menampung jemaah berkenaan.
"Perancangan bermula apabila jemaah berlepas dari negara asal mereka dan memastikan mereka menerima semua kemudahan untuk melaksanakan umrah dan haji dengan mudah, serta melawat Madinah dan menunaikan solat di Masjid Nabawi," katanya, seperti yang dipetik dalam laporan itu.
Al Al-Sheikh menyatakan rasa terima kasih dan penghargaannya kepada Raja Salman, Putra Mahkota dan Perdana Menteri Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud atas kebajikan baginda.
"Ini mencerminkan keprihatinan berterusan mereka terhadap umat Islam di seluruh dunia dan usaha mereka untuk mengukuhkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan umat Islam dengan menyatukan mereka untuk menunaikan haji atas tajaan Penjaga Dua Masjid Suci," katanya.
Menurut menteri, sejak program itu dimulakan 26 tahun lepas, lebih 60,000 jemaah telah diraikan di bawah program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada acara tahunan Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk haji, umrah dan ziarah. - Gambar fail/Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Raja Arab Saudi gusar Malaysia anjur KL Summit
Raja Salman berpandangan bahawa isu tersebut lebih sesuai untuk dibincangkan di pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ahmad Zahid harap SPRM rungkaikan persepsi RM2.6 bilion segera
Ahmad Zahid sewaktu itu berkata dalam pertemuan itu, wakil keluarga terbabit menjelaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima dana berkenaan.

Tambah kuota haji: Malaysia harap khabar gembira daripada Raja Arab Saudi
Hasrat Malaysia itu dilihat semakin cerah susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Salman pada Isnin.