Sepuluh keluarga yang diwakili firma guaman Amerika Syarikat, Wisner Law Firm, telah memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan, AirAsia dan juga Airbus atas nahas yang berlaku pada pesawat QZ8501.
Tuntutan yang difailkan di Illinois, Amerika Syarikat turut menamakan Honeywell International, Motorola Inc dan pembekal yang lain bersama dengan Airbus sebagai defendan.
Peneraju Wisner Law Firm, Floyd Wisner dalam satu kenyataan berkata, walaupun laporan awal mendapati cuaca yang merupakan faktornya, pesawat itu mengalami kerosakan pada sistem 'fly-by-wire'.
"Airbus dan pengeluar pembekalnya menyedari masalah yang menyebabkan perlindungan 'fly-by-wire' mengalami kerosakan, tetapi mereka nampaknya tidak melakukan apa-apa tentang hal itu meskipun telah banyak kejadian," katanya dalam kenyataan tersebut pada Selasa.
Beliau juga mendakwa AirAsia tidak mengendalikan tuntutan daripada penumpang mengikut piawaian antarabangsa, serta menyelar syarikat itu kerana hanya membayar separuh dari jumlah ganti rugi -- berbeza dengan apa yang diperolehi oleh mangsa nahas pesawat sebelum ini.
"Walaupun pemilik AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berjanji bahawa keluarga mangsa akan dilayan dengan adil, AirAsia hanya membuktikan bahawa ianya syarikat penerbangan tambang yang rendah, dengan pampasan yang rendah," katanya.
Menurut Wisner, beliau menjangkakan lebih ramai keluarga akan turut serta dalam kes saman ini dan beliau bersedia untuk bertemu dengan mereka.
Penerbangan QZ8501 sedang dalam perjalanan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura sebelum terhempas ke dalam Laut Jawa pada 28 Disember 2014, membunuh semua 155 penumpang dan tujuh anak kapal.
Astro Awani
Tue Jun 30 2015
Floyd Wisner mendakwa AirAsia tidak mengendalikan tuntutan daripada penumpang mengikut piawaian antarabangsa. - Gambar fail
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
[TERKINI] Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung dekat Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, pada lewat Khamis.
Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa berkenaan.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Tumpuan Sabtu – 9 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita dkhuatiri lemas, motosikal ditemui di tebing sungai
Seorang pembantu kedai makan dikhuatiri lemas selepas dilapor terjatuh dalam Sungai Titi Haji Idris di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.