Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak gentar berdepan idea untuk berdebat secara terbuka, kata wakil parti itu Dr Vivian Balakrishnan dalam satu daripada dua debat politik Pilihan Raya Umum 2020 yang bersiaran secara langsung malam tadi.
"Kami berbuat demikian dalam kehidupan sebenar... semasa berkempen.. kami berbuat demikian secara dalam talian... kami juga berbuat demikian dalam parlimen," kata Dr Balakrishnan yang bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah pada pilihan raya umum itu.
"Saya harap anda sedar bahawa biar apa pun keputusan pilihan raya ini, akan terdapat lebih ramai ahli pembangkang dalam parlimen baharu berbanding parlimen ketika ini," katanya.
Dr Balakrishnan, yang juga Menteri Luar kerajaan sementara berkata: "Kesemua ahli parlimen ini sama ada mereka memenangi kerusi mereka atau hadir sebagai NCMP (Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi) mempunyai hak untuk mengundi sepenuhnya termasuk bagi meminda perlembagaan dan usul percaya atau tidak percaya terhadap kerajaan.
"Jadi kami bersikap terbuka sepenuhnya terhadap debat ini kerana pada akhirnya, kita semua adalah rakyat Singapura dan sudah tentu kita mahukan kehidupan yang lebih baik," katanya.
Sejumlah 93 Ahli Parlimen bakal dipilih, yang menyaksikan peningkatan berbanding 89 ketika ini bagi mengisi kerusi parlimen seterusnya.
Perlembagaan republik itu memastikan bahawa akan terdapat sekurang-kurangnya 21 suara alternatif dalam Parlimen selepas pilihan raya umum kali ini.
Selain calon pembangkang yang memenangi kerusi, akan terdapat sejumlah 12 NCMP daripada kalangan baki calon pembangkang yang menerima undi tertinggi bagi memastikan sekurang-kurangnya terdapat 12 Ahli Parlimen pembangkang berbanding sembilan sebelum ini.
Kesemua NCMP akan mempunyai hak penuh untuk mengundi termasuk bagi pindaan perlembagaan dan rang undang-undang perbekalan bagi belanjawan.
Turut serta dalam debat yang disiarkan Mediacorp itu ialah Francis Yuen (Parti Kemajuan Singapura), Dr Jamus Lim (Parti Pekerja) dan Dr Chee Soon Juan (Parti Demokratik Singapura).
Bertajuk 'Singapore Votes 2020 - The Political Debate,' program sejam itu terdiri daripada dua segmen.
Segmen pertama menyaksikan seorang moderator akan menyoal empat calon mengenai beberapa topik termasuk pengangguran, langkah membantu perniagaan dan mobiliti sosial.
Segmen kedua pula menyaksikan setiap calon berpeluang menyoal calon lain dalam urutan berstruktur dan menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya oleh calon lain.
Debat kedua adalah dalam Bahasa Mandarin dan disiarkan sejurus selepas debat dalam Bahasa Inggeris.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 01 2020

PAP mengalu-alukan kaedah kempen melalui debat secara terbuka kerana menganggapnya sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.