Puluhan ribu turun ke jalanan di seluruh Pakistan bagi mengecam tindakan penerbit akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo yang mencetak semula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad.

Awal minggu ini, Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun berkenaan.

Ia sebagai menandakan bermulanya perbicaraan pasangan adik beradik, Said dan Cherif Kouachi yang didakwa melakukan serangan bersenjata di pejabat akhbar itu di Paris lima tahun lalu.

Dalam serangan pada 7 Januari 2015 itu, 12 orang termasuk beberapa kartunis terkemuka Perancis, terbunuh.

Muka depan isu Charlie Hebdo terbaharu memaparkan 12 kartun yang pertama kali diterbitkan akhbar harian Denmark, Jyllands-Posten pada 2005 dan dicetak semula oleh Charlie Hebdo pada 2006 yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Kerajaan Pakistan juga mengutuk pencetakan semula kartun tersebut.