LUSAKA (Zambia): Berita mengenai Presiden Zambia, Hakainde Hichilema tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya Ogos tahun lalu, menjadi tajuk utama media sosial di negara ini.
Kementerian yang bertanggungjawab membayar gaji dan elaun presiden mendakwa beliau melepaskan gajinya "demi berkhidmat untuk rakyat."
Hichilema berkata, gaji bukanlah motivasinya untuk mendapatkan jawatan, lapor Agensi Anadolu.
"Isu gaji bukanlah bukan disebabkan kerajaan tidak mampu membayarnya," katanya kepada pemberita sebaik tiba di bandar Livingstone.
Hichilema, 59, seorang ahli ekonomi dan ahli perniagaan menjadi presiden selepas 15 tahun menyertai pembangkang, menewaskan penyandang Edgar Lungu dengan lebih sejuta undi.
"Saya tidak peduli (gaji presiden). Matlamat dan motivasi saya adalah untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaiki kehidupan rakyat," tambahnya.
Sejak dipilih, Hichilema menetap di kediaman peribadinya di New Kasama, sebuah kawasan perumahan mewah di Lusaka beberapa kilometer dari Rumah Nkwazi -- kediaman rasmi Presiden Zambia.
Pada 2018, kerajaan Lungu meminda undang-undang berkaitan emolumen dan elaun presiden yang menyaksikan presiden memperoleh K$40,653.25 (US$2,307) gaji dan K10,784.41 (US$612) elaun bulanan.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai Hichilema telah melepaskan faedah presiden yang lain, menurut Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, seteru politik mengaitkan kekayaannya dengan dakwaan beliau memperoleh imbuhan daripada persatuannya dengan kontroversi penswastaan aset negara pada 1990-an.
Nilai kekayaan bersih Hichilema dianggarkan mencecah jutaan dolar dan beliau sebelum ini dilaporkan memegang saham hotel tempatan dan industri pemprosesan lembu sebagai antara sumber pendapatannya.
Beliau tidak mengisytiharkan hartanya secara terbuka sebelum pilihan raya Ogos, kerana undang-undang tidak mewajibkan calon berbuat demikian. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Hakainde Hichilema tidak menerima gaji sejak memulakan tugasnya sebagai Presiden Zambia Ogos tahun lalu.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Presiden Zambia tidak terima gaji sepanjang lapan bulan berkhidmat
Hakainde Hichilema berkata, gaji bukanlah motivasinya untuk mendapatkan jawatan.