SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Isnin menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama mencari kaedah bagi memajukan demokrasi dan melindungi keselamatan individu dalam penggunaan teknologi digital baharu.
"Dengan rasa tanggungjawab yang mendalam, kita mesti bertukar-tukar pandangan dan menggabungkan kepakaran kita supaya kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang baharu muncul dapat meningkatkan demokrasi selain memastikan keselamatan individu dan masyarakat," katanya.
Beliau membuat gesaan itu semasa permulaan persidangan peringkat menteri bagi Sidang Kemuncak Demokrasi ketiga yang dihoskan oleh Korea Selatan dengan tema "Demokrasi untuk Generasi Akan Datang," lapor Agensi Berita Yonhap.
Yoon menekankan bahawa mesyuarat menteri bertemakan "AI, Teknologi Digital dan Demokrasi" akan memberi peluang kepada peserta untuk mendalami kedua-dua kelebihan dan cabaran yang ditimbulkan oleh teknologi digital.
"AI dan kemajuan teknologi digital membawa visi manusia ke dalam dunia nyata di luar batasan masa dan ruang di dunia sebenar,"katanya.
Bagaimanapun, maklumat palsu dan salah yang dibantu oleh AI dan teknologi digital tidak hanya menjejaskan kebebasan individu dan hak asasi manusia tetapi juga membahayakan sistem demokrasi," katanya.
Sidang Kemuncak Demokrasi yang dilancarkan pada tahun 2021 dan dipelopori oleh Amerika Syarikat (AS), bertujuan untuk memperkukuh demokrasi dan menentang autoritarianisme di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Yoon menekankan bahawa mesyuarat menteri bertemakan "AI, Teknologi Digital dan Demokrasi" memberi peluang kepada peserta untuk mendalami kedua-dua kelebihan dan cabaran yang ditimbulkan oleh teknologi digital. - Gambar fail/Bernama

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan, pantau aktiviti pembakaran terbuka
Pelan itu diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri ambil tindakan berjaga-jaga.

Pengeluaran gas asli Malaysia meningkat 3.0 peratus pada 2024 - Jabatan Perangkaan
Pengeluaran gas asli pulih pada suku keempat 2024, meningkat 2.4 peratus tahun ke tahun kepada 792.8 bilion kaki padu.

Pendekatan Trump mungkin ambil masa setahun tunjuk hasil - Penganalisis
Pentadbiran Trump menghantar dua isyarat segera: 'Amerika kembali berurusan seperti biasa' dan 'Amerika serius dalam berurusan.'

Imam besar Al-Azhar, Prof Sachs seru tindakan global henti pertumpahan darah di Gaza, Lubnan
Sheikh Prof Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dan Prof Jeffrey Sachs, sepakat perlunya satu tindakan global bagi menghentikan pertumpahan darah di Gaza dan Lubnan.

Masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan tegas halang Israel daripada teruskan genosid
Malaysia juga akan bekerjasama dengan negara yang berfikiran sama untuk kemasukan Negara Palestin ke PBB sebagai anggota penuh.

Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem

Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.

Lebih 60,000 rakyat Palestin tunai solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa
Lebih 60,000 rakyat Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Rabu.

Presiden Korea Selatan syor cari kaedah untuk majukan demokrasi, lindungi individu
Yoon Suk Yeol menggesa masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama mencari kaedah bagi memajukan demokrasi dan melindungi keselamatan individu dalam penggunaan teknologi digital baharu.

Duta Palestin sambut baik sokongan Malaysia untuk Palestin
Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin.

Komuniti antarabangsa perlu bantu redakan ketegangan Palestin-Israel - China
Masyarakat antarabangsa perlu bersama-sama memainkan peranan yang berkesan dalam meredakan konflik Palestin-Israel, kata Kuasa Usaha Kedutaan China ke Malaysia, Zheng Xuefang.

Presiden Korea Selatan alami hidung berdarah semasa mesyuarat Kabinet
Seorang pegawai kerajaan berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan jadual padat beliau semasa dan selepas lawatan ke New York minggu lepas.