KUALA LUMPUR: Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin, dengan menyatakan bahawa sokongan mereka tidak boleh dipertikaikan.
Beliau memuji pendirian konsisten kerajaan terhadap pendudukan Israel di Palestin, manakala orang ramai menunjukkan solidariti mereka dalam pelbagai cara termasuk memboikot perniagaan dan produk yang dikaitkan dengan rejim Israel.
Beliau berkata sebarang langkah yang diambil untuk menyokong Palestin termasuk gesaan memboikot perniagaan yang didakwa pro-Israel, boleh membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
"Saya menggalakkan rakyat Malaysia, Palestin, Arab, Islam, dan semua orang yang percaya kepada hak asasi manusia dan demokrasi, supaya mengambil bahagian walaupun secara minimum dengan memulau semua (produk) yang menyokong Israel.
"Penduduk Israel mendapat manfaat daripada begitu banyak jenama keluarannya di seluruh dunia. Dalam tempoh tiga minggu yang lalu, anda boleh menyaksikan kesan ketara boikot ini terhadap ekonomi mereka, memberi tekanan kepada kerajaan Israel yang terlibat dalam tindakan keganasan terhadap Palestin, dan menyedarkan mereka bahawa tindakan itu juga memberi kesan ke atas ekonomi mereka," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Walid bangga dengan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama yang menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin, menyerlahkan bahawa sokongan itu bukan sahaja tentang perjuangan agama, tetapi lebih kepada isu hak asasi manusia.
Di peringkat antarabangsa, Walid berkata Malaysia boleh memain peranan yang lebih besar dengan menggalakkan negara lain untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin memandangkan negara itu mempunyai hubungan yang sangat baik dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
"Tiada siapa boleh mempersoalkan sokongan Malaysia, dan kami rakyat Palestin mahukan Malaysia untuk memainkan peranannya di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang berpengaruh yang mampu memain peranan sebagai contoh untuk meminta negara di Asia yang tidak menyokong Palestin menunjukkan sokongan mereka," katanya.
Walid mengetengahkan empat keutamaan pada masa ini - dengan yang pertama dan kedua adalah masing-masing gencatan senjata segera untuk menamatkan jenayah Israel di Palestin dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk membolehkan sumbangan luar memasuki Gaza.
"2.3 juta rakyat Palestin di Gaza mengalami kekurangan air minuman, makanan, kekurangan bahan api, bekalan elektrik, hospital dan sistem kesihatan Gaza yang lumpuh.
Walid berkata keutamaan ketiga adalah supaya masyarakat antarabangsa campur tangan dan menghalang strategi Israel memindahkan penduduk Palestin secara paksa dari wilayah mereka.
Beliau menegaskan bahawa objektif Israel dalam perang ini adalah untuk mengosongkan Gaza, dan jika berjaya, Tebing Barat dan Baitulmaqdis akan menjadi sasaran seterusnya.
"Kita tidak mahu Nakba (malapetaka) baharu berlaku pada masa ini. Rakyat Palestin akan kekal walaupun Israel terus melakukan pembunuhan di Gaza atau di Tebing Barat atau Baitulmaqdis.
"Kami berterima kasih kepada negara jiran kami, Jordan dan Mesir, kerana mereka telah menunjukkan kesungguhan dalam menolak rancangan Israel untuk memindahkan rakyat Palestin...," katanya.
Walid juga berkata yang keempat adalah masyarakat antarabangsa mesti berusaha ke arah penyelesaian dua negara dan menghentikan pendudukan Israel melalui perjanjian damai yang komprehensif yang akan membolehkan rakyat Palestin mencapai kebebasan berdasarkan sempadan 1967 dengan Al-Quds sebagai ibu negara.
"Tanpa mencapai objektif ini. penduduk Israel tidak akan hidup dengan aman dan Asia Barat akan terus menderita dan masa depan rantau itu bergantung kepada pencapaian objektif itu," katanya.
Lebih 9,000 rakyat Palestin terkorban dalam serangan tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt, manakala lebih 32,000 lagi cedera dan lebih 2,000 masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Walid bangga dengan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama yang menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin. - Gambar fail/Bernama

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Presiden Abbas tiba di Kaherah untuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab
Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Kaherah pada Isnin malam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Lebih 50 peratus dewasa dijangka obes menjelang 2050 - Kajian
Unjuran itu dibuat dalam kajian global yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet, yang menganalisis data dari lebih 200 negara.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia
Perdana Menteri akan melawat Bazar bagi melihat harga dan kualiti makanan
Perdana Menteri juga mengarahkan pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan dipertingkat bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak wajar.
#AWANInews
#AWANInews

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Gandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025
Perdana Menteri mengarahkan KPDN untuk menggandakan pemantauan dan penguatkuasaan menerusi OPS PANTAU 2025. Ini termasuk memastikan pemantauan dilakukan lebih kerap bagi menjamin bekalan barangan keperluan rakyat sepanjang Ramadan dan Aidilfitri sentiasa mencukupi.
#AWANInews
#AWANInews
Elakkan polemik 3R dalam sebarang bentuk kenyataan atau tindakan
Perdana Menteri memberi teguran kepada semua pihak dan menegaskan bahawa tindakan atau pertuturan yang menyentuh isu 3R hanya akan menggugat keharmonian negara dan tidak seharusnya berulang
#AWANInews
#AWANInews

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

PAC cadang LTAT tambah baik polisi dividen, panduan rizab, rangka kerja SAA
PAC mencadangkan kepada LTAT untuk menambah baik polisi dividen serta panduan rizab dan Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik (SAA).

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Palestin gesa tekanan antarabangsa, susulan sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan
Kementerian Luar Palestin menggesa masyarakat antarabangsa untuk "memikul tanggungjawab dan menekan Israel agar membenarkan aliran bantuan berterusan ke Gaza.

Tahanan Palestin rindu solat di Masjid Al-Aqsa
Warga Palestin, Hamza al-Kalouti, menyifatkan kegembiraan selepas dibebaskan tidak lengkap apabila dia tidak dibenarkan masuk untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Sabtu.

Trump pencatur setiap tindakan Israel - Prof Kamaruzzaman
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disifatkan sebagai pencatur yang membuat keputusan dalam setiap tindak tanduk tentera Israel ketika ini.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."

Kumpulan ketujuh dan terakhir tahanan Palestin dibebaskan
Pembebasan ini melibatkan tahanan yang dihantar ke Ramallah, Baitulmaqdis, Gaza, dan beberapa negara lain, termasuk 45 wanita dan kanak-kanak.