TEHRAN: Presiden Iran memberi amaran kepada Israel yang rejim Zionis itu perlu ‘membayar harga yang mahal’ terhadap setiap jenayah dilakukan mereka.
Dalam masa sama, Presiden Ebrahim Raisi menyalahkan Israel atas letupan berkembar yang membunuh lebih 100 orang di tenggara Iran pada Rabu.
“Saya memberi amaran kepada rejim Zionis. Jangan ragu-ragu bahawa kamu akan membayar harga yang tinggi untuk jenayah ini dan jenayah yang telah anda lakukan,” kata Raisi dalam ucapan beliau yang disiarkan di televisyen.
Raisi, yang merupakan ketua kerajaan Iran memberi amaran bahawa hukuman yang akan dikenakan ke atas Israel juga sesuatu yang akan “dikesali dan berat."
Kepada agensi berita CNN, “tiada komen” dikeluarkan angkatan pertahanan Israel mengenai letupan di Iran.
Sehingga kini juga, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas letupan yang digelar Iran sebagai "serangan pengganas."
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matt Miller memberitahu wartawan bahawa AS tidak "mempunyai maklumat bebas" mengenai letupan itu dan Jabatan Negara juga "tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Israel terlibat."
Dalam serangan terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 103 orang terbunuh, manakala 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berkembar berhampiran kubur komander tentera yang dibunuh, Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran.
Letupan pertama berlaku dalam jarak 2,300 kaki (700 meter) dari kubur Qasem, manakala yang kedua berlaku 0.6 batu (1 kilometer) dari kawasan tersebut semasa pengunjung melawat tapak kubur itu.
Qasem terbunuh oleh serangan udara AS yang diarahkan oleh bekas Presiden Donald Trump di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad empat tahun lalu. - Agensi
Agensi
Thu Jan 04 2024

Presiden Iran, Ebrahim Raisi memberi amaran kepada Israel yang rejim Zionis itu perlu ‘membayar harga yang mahal’ terhadap setiap jenayah dilakukan mereka.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.

Presiden Iran beri amaran kepada Israel
"Saya beri amaran kepada rejim Zionis. Jangan ragu-ragu bahawa kamu akan membayar harga yang tinggi untuk jenayah ini dan jenayah yang telah anda lakukan."

Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut
Hamas tolak "semua tindakan pengganas yang mensasarkan orang awam dan berusaha untuk menjejaskan kestabilan dan keselamatan di Republik Islam."

Lebih 100 maut dalam letupan berhampiran kubur komander Iran
Seramai 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berkembar berhampiran kubur Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran pada Rabu.

Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq
Pemilik dewan dan tiga kakitangan lain telah membenarkan 900 orang masuk ke tempat itu apabila ia direka untuk maksimum 400 orang.

100 maut, 150 cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Iraq
Kebakaran berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar di wilayah timur laut.