Siapakah yang bakal menjadi presiden baharu Myanmar?

Persoalan itu pastinya akan dibincangkan rakyat Myanmar sehingga keputusan sebenar diumum Selasa depan.

Pada Khamis, tiga calon telah disenarai dari wakil Parlimen, Dewan Rakyat dan blok tentera.

Bagaimanapun, wakil blok tentera telah terlebih dahulu didepan dengan 25 peratus undi tetap.

Dalam pengundian di Dewan Rakyat pada Jumaat, dua wakil telah diundi dan kelebihan menyebelahi orang kanan Aung San Suu Kyi, Htin Kyaw dengan 274 undi menyokong berbanding 29 menolak.

BACA: Bekas pemandu Suu Kyi dipilih sebagai calon Presiden Myanmar

Satu lagi keputusan undi di Dewan Negara akan diketahui lewat Jumaat.

Undian yang dilakukan dalam dua fasa itu akan berakhir dalam satu lagi pusingan undian pada Selasa depan, salah seorang daripada mereka akan dinamakan sebagai Presiden baharu Myanmar.


Pengumuman Presiden Myanmar hujung minggu ini