Presiden baharu Myanmar, Htin Kyaw mengangkat sumpah jawatan itu hari ini, sekali gus menjadi pemimpin kalangan orang awam pertama yang dipilih sejak 50 tahun lalu.
Htin kyaw daripada Parti Demokrasi Liga Kebangsaan (NLD) mengambil alih jawatan itu daripada Thein Sein, yang memperkenalkan beberapa siri pembaharuan semasa mentadbir myanmar selama lima tahun.
Angkat sumpah jawatan Htin Kyaw melengkapkan proses transformasi politik di Myanmar yang bermula selepas kemenangan NLD, dipimpin pembangkang Aung San Suu Kyi.
Walaupun Suu Kyi tidak menjadi presiden, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu sebelum ini berikrar untuk memerintah Myanmar secara proksi.
Htin Kyaw menang undian di Parlimen untuk jawatan presiden awal bulan ini dengan menewaskan beberapa calon NLD lain.
Malah, beliau turut menewaskan calon yang disokong tentera dengan mendapat 360 undi daripada keseluruhan 652 undian ahli Parlimen.
Dua lagi calon iaitu Henry Van Thio dan Myint Swe masing-masing akan berkhidmat sebagai naib presiden Myanmar.
Minggu lalu, NLD yang menang besar dalam pilihan raya November lepas, menamakan beberapa menteri dalam kerajaan baharu Myanmar.
Senarai menteri itu merangkumi Suu Kyi, yang akan bertanggungjawab dengan portfolio hal ehwal asing, Pejabat Presiden, pendidikan, tenaga dan sumber elektrik.
Tentera bagaimanapun, masih menguasai tiga kementerian penting iaitu pertahanan, dalam negeri dan hal ehwal sempadan.
Parlimen Myanmar pada 15 Mac lalu, telah memilih Htin Kyaw, yang merupakan teman rapat dan orang kanan Suu Kyi, sebagai Presiden baharu.
Suu Kyi dihalang daripada mengisi jawatan tertinggi itu kerana beberapa klausa dalam perlembagaan negara berkenaan, namun pernah menyatakan bahawa status dirinya adalah ‘di atas’ presiden.
Agensi
Wed Mar 30 2016
![Htin Kyaw angkat sumpah jawatan presiden Myanmar Htin Kyaw angkat sumpah jawatan presiden Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458025756_HtinKyaw.jpg)
Presiden baharu Myanmar, Htin Kyaw mengangkat sumpah jawatan itu hari ini, sekali gus menjadi pemimpin kalangan orang awam pertama yang dipilih sejak 50 tahun lalu. - Foto AFP
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721138010_HannahYeoh.jpg)
Pangsapuri mewah bernilai RM1 juta menanti pemenang emas Olimpik
Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa RTG telah menerima tawaran daripada pemaju hartanah, Top Residency, yang berminat untuk menghadiahkan pemenang pingat emas pertama.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
![Htin Kyaw angkat sumpah jawatan presiden Myanmar Htin Kyaw angkat sumpah jawatan presiden Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458025756_HtinKyaw.jpg)
Htin Kyaw angkat sumpah jawatan presiden Myanmar
Presiden baharu Myanmar, Htin Kyaw mengangkat sumpah jawatan itu hari ini.
![Presiden baharu Myanmar diumum pada 15 Mac Presiden baharu Myanmar diumum pada 15 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51457591143_HtinKyaw.jpg)
Presiden baharu Myanmar diumum pada 15 Mac
Pada Khamis, tiga calon telah disenarai dari wakil Parlimen, Dewan Rakyat dan blok tentera.