BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki kerana menceroboh zon larangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan cuba menaiki pesawat yang tiada penumpang.
Pengarah lapangan terbang Kittiphong Kittikhajorn berkata kejadian berlaku pada 11.50 pagi Selasa, apabila lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu menunggang motosikal dan menuju ke kawasan lapangan terbang.
Beliau berkata pihak keselamatan lapangan terbang telah dimaklumkan dan memantau pergerakan lelaki berusia 34 tahun itu menerusi kamera litar tertutup.
"Lelaki itu cuba menaiki pesawat yang baru menurunkan penumpang.
"Dia bersenjatakan kapak dan ditahan pada 12.03 tengah hari ketika cuba memasuki bangunan penumpang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kittipong memberi jaminan kejadian itu tidak menjejaskan perkhidmatan di lapangan terbang.
"Pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu dan mematuhi prosedur operasi standard untuk memastikan keselamatan semua penumpang," katanya.
Lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan di balai polis Suvarnabhumi.
Polis turut merampas sepucuk pistol replika, gunting, sebilah kapak dan pil methamphetamine daripada lelaki itu.
Ketua Polis Suvarnabhumi, Kolonel Jirawat Piempinsreth berkata lelaki itu didakwa dengan lapan pertuduhan termasuk menyebabkan kerosakan harta benda dan membawa senjata di khalayak ramai tanpa sebab munasabah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022

Lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu terdahulu menunggang motosikal menuju ke kawasan lapangan terbang. - Gambar/ Twitter @Suvarnabhumi Airport

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.

Abu mayat kapten 'Wild Boars' tiba di Thailand
Abu mayat Duangpetch Promthep selamat tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan).

Polis Thailand tahan lelaki ceroboh Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Polis Thailand menahan seorang lelaki kerana menceroboh zon larangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan cuba menaiki pesawat yang tiada penumpang.

Terminal baharu Lapangan Terbang Suvarnabhumi bakal menjadi hospital medan
Thailand akan mengubah suai terminal satelit Lapangan Terbang Suvarnabhumi yang baharu siap, sebagai hospital medan berikutan lonjakan mendadak kes COVID-19 di negara ini.

Letupan kilang di Bangkok gegarkan lapangan terbang dan hospital
Sekurang-kurangnya 50 orang cedera dan seorang maut, manakala ratusan penduduk terpaksa dipindahkan.

Thailand kesan coronavirus kedua daripada pelancong kedua China
Wanita berkenaan dari Wuhan di Wilayah Hubei, China, dimasukkan ke hospital di Bahagian Kawalan Penyakit.