KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang anak kapal berada di dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, pada Selasa.
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok memaklumkan, telah berhubung pihak berkuasa tempatan dan hospital selain pegawai konsular turut melawat dan memberikan bantuan yang diperlukan kepada mangsa.
Menurut Wisma Putra, pada masa ini lapan daripada rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
Lima daripada mereka sedang menerima rawatan di Hospital Samitivej Srinakarin sementara tiga orang lagi dirawat di Hospital Samitivej Sukhumvit.
Kata Wisma Putra juga, berdasarkan rundingan dengan doktor dari kedua-dua hospital, kelapan-lapan mereka mengalami kecederaan fizikal dan dalaman tetapi tiada yang berada pada tahap kritikal.
“Mereka berada di bawah pengawasan di wad biasa, secara berasingan dan sedang menunggu keputusan perubatan,” kata Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, ahli keluarga penumpang Malaysia yang terjejas boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok melalui talian +66-2340-5731/5732 (waktu bekerja)+66-87-028-4659 (selepas waktu bekerja) bagi mendapatkan perkembangan lanjut.
Pada Selasa, seorang penumpang pesawat SIA dilaporkan meninggal dunia selepas pesawat SQ321 mengalami kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.
SIA memaklumkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 terpaksa mengubah laluan penerbangan dan melakukan pendaratan di Bangkok pada jam 3.45 petang waktu tempatan.
"Kami mengesahkan beberapa penumpang mengalami kecederaan dan satu kematian dilaporkan dalam pesawat Boeing 777-300ER.
"Penerbangan tersebut membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal semasa kejadian,’’ kata SIA dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Azib Zikry
Wed May 22 2024

Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan sembilan rakyat Malaysia termasuk seorang anak kapal berada di dalam pesawat Singapore Airlines yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, pada Selasa.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.

Asap putih pada enjin pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Narita
Asap putih dilaporkan dari enjin sebuah pesawat penumpang, sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Isnin.

Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.

SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.

SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.

Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Beberapa penumpang penerbangan Singapore Airlines yang cedera parah selepas pesawat itu mengalami gelora udara memerlukan pembedahan tulang belakang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.