BANGKOK: Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.
Jojie berkata beliau telah bertemu enam daripada mereka di Hospital Samitivej Srinakarin, yang kesemuanya sedar dan beberapa daripada mereka mampu berjalan.
"Kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan tulang belakang dan telah menjalani imbasan MRI dan CT...tetapi saya tidak dapat bertemu dengan anak kapal yang perlu menjalani pembedahan hari ini kerana kecederaan tulang belakang.
"Kami dimaklumkan bahawa dia (anak kapal) dalam keadaan stabil walaupun perlu menjalani pembedahan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa Malaysia di Hospital Samitivej Srinakarin di sini hari ini.
Jojie berkata Kedutaan Malaysia kini sedang membantu keluarga anak kapal untuk melawat mangsa petang ini.
"Kami menyediakan bantuan kepada mangsa Malaysia serta keluarga mereka untuk datang melawat mereka. Kami juga diberi jaminan oleh SIA dan pihak hospital bahawa mereka akan menjaga semua mangsa," katanya.
Beliau menambah bahawa Kedutaan Malaysia akan terus berkomunikasi dengan Kedutaan Singapura dan SIA untuk memastikan semua pesakit dijaga dengan baik.
Bagi tiga lagi rakyat Malaysia yang kini dimasukkan ke Hospital Samitivej Sukhumvit, Jojie berkata beliau dimaklumkan bahawa mereka boleh keluar hospital tidak lama lagi.
"Kami diberitahu bahawa mereka tidak berada dalam keadaan kritikal dan mereka akan dibenarkan keluar bila-bila masa," katanya.
Bagaimanapun, Jojie berkata ia akan mengambil masa untuk semua pesakit pulih sepenuhnya dan beberapa mangsa mungkin memerlukan penjagaan lanjut selepas pulih.
"Dalam situasi seperti ini, saya fikir tempoh pemulihan bergantung kepada setiap individu. Kami berdoa agar kesemua mereka dapat pulih secara fizikal dan emosi dengan segera, tetapi ia memakan masa," katanya.
Enam belas rakyat Malaysia adalah antara 211 penumpang dalam penerbangan SIA SQ321.
Penerbangan dengan 18 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara yang ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan mengalihkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan, Selasa.
Insiden itu menyebabkan seorang maut dan beberapa orang cedera.
Pengarah Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn berkata pada Rabu bahawa insiden itu telah menyebabkan seorang lelaki British berusia 73 tahun meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Jojie berkata beliau telah bertemu enam daripada mereka di Hospital Samitivej Srinakarin, yang kesemuanya sedar dan beberapa daripada mereka mampu berjalan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000
Semua penumpang juga akan menerima pampasan kelewatan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.

SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.

Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.

SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.

"Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun" - Penumpang SQ321
"Saya takut untuk naik kapal terbang sebelum ini, kini saya berasa lebih takut."

Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.