ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Mei 2024.
1. Insiden gelora udara SIA: Sembilan rakyat Malaysia stabil - Duta
Kedutaan Besar Malaysia di sini sedang memudah cara dan membantu sembilan rakyat Malaysia terdiri daripada kru dan penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines yang cedera selepas pesawat itu mengalami gelora udara dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (BKK), pada petang Selasa.
2. Insiden gelora udara SIA: 131 penumpang, 12 kru tiba di Singapura melalui penerbangan gantian
Seramai 131 penumpang dan 12 kru pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 yang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi petang Selasa, tiba di Singapura dengan penerbangan gantian pada 5.05 pagi Rabu.
3. PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
4. Ireland umum iktiraf negara Palestin
Ireland dijangka akan mengumumkan ia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Rabu, langkah yang ditentang keras Israel.
5. WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar Israel menarik balik sekatan bantuan ke Gaza.
6. Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal pada Selasa.
7. Puluhan terbunuh dalam pertempuran antara kaum di DR Congo - PBB
Puluhan orang awam telah terbunuh setakat bulan ini dalam pertempuran antara kaum yang berlaku di Republik Demokratik Congo (DR Congo), menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.
8. Lebih 30 flamingo mati dipercayai dilanggar pesawat Emirates
Sebuah penerbangan Emirates dilapor melanggar sekawan burung flamingo, menyebabkan sekurang-kurangnya 36 ekor haiwan berkenaan mati.
9. 21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Seorang pemandu bas dan 20 penumpang dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas kenderaan Tower Transit dilapor merempuh sebuah penghadang jalan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3, Singapura.
10. Skuasy: Sivasangari calon pemain terbaik anugerah PSA
Jaguh skuasy negara S Sivasangari merupakan antara lima pemain wanita terbaik dunia yang dicalonkan bagi merebut gelaran Pemain Terbaik Wanita Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Astro Awani
Wed May 22 2024

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.

Asap putih pada enjin pesawat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Narita
Asap putih dilaporkan dari enjin sebuah pesawat penumpang, sejurus selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada Isnin.

Tukang gunting rambut didakwa tipu wanita dapatkan pekerjaan sebagai pramugari
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalahatas pertuduhan memperdayakan seorang wanita dalam mendapatkan pekerjaan pramugari.

SQ321: Ahli keluarga masih dalam kesakitan, tidak dapat lelapkan mata
"Ahli keluarga saya masih dalam kesakitan, dan ada yang masih tidak dapat melelapkan mata di malam hari," kata seorang rakyat Malaysia, Eva Khoo.

Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.

Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.

SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.

Beberapa penumpang SIA cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Beberapa penumpang penerbangan Singapore Airlines yang cedera parah selepas pesawat itu mengalami gelora udara memerlukan pembedahan tulang belakang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SQ321: Tiga rakyat Malaysia di unit rawatan rapi, stabil tetapi dipantau rapi - Duta
Tiga penumpang penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) yang merupakan rakyat Malaysia kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tiada yang berada dalam keadaan kritikal.