Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha meminta media di Thailand untuk berhenti daripada terus membesar-besarkan "pertikaman lidah" antara Narongsak Ossothanakorn yang mengetuai operasi menyelamat di dalam gua Tham Luang dan usahawan angkasa Amerika, Elon Musk.
"Pertikaman lidah" itu berkisar tentang tawaran oleh Musk untuk menggunakan kapal selam mini yang dibangunkan syarikatnya dalam operasi menyelamat itu tetapi ditolak oleh Narongsak yang menyatakan alat berteknologi tinggi itu sebagai "tidak praktikal".
"Alat beliau (Elon Musk) sudah pastinya berguna dalam beberapa keadaan yang lain. Di Thailand ia mungkin tidak dapat melalui beberapa laluan air yang sempit... berhenti sandiwarakannya," kata Prayut, menurut media tempatan di sini.
Perdana menteri berkata beliau ada bertemu dengan warga Amerika itu di Chiang Rai dan berterima kasih kepadanya atas bantuan beliau.
Musk, yang juga ketua pegawai eksekutif Tesla terbang ke Chiang Rai pada Isnin malam dengan membawa kapal selam mini itu yang dibangunkan daripada bahagian roket yang dinamakan "Wild Boar", bersempena nama pasukan bola sepak remaja lelaki terbabit.
Remaja lelaki berkenaan berumur antara 11 dan 16 tahun bersama-sama jurulatih mereka berusia 25 tahun terperangkap di dalam gua itu sejak 23 Jun.
Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelam antarabangsa yang menggunakan kaedah yang telah diiktiraf sepanjang tiga hari misi menyelamat berisiko tinggi itu bermula Ahad.
Ketika ditanya dalam sidang media pada Selasa tentang kapal selam mini Musk semasa pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar baki lima mangsa, Narongsak berkata pasukan penyelamat tidak akan menggunakannya.
"Alat yang beliau (Musk) berikan kepada kami tidak praktikal untuk misi kami. Teknologinya kompleks dan terlalu canggih, tetapi kami tidak boleh bawanya ke dalam gua untuk misi ini," kata bekas gabenor Chiang Rai itu.
Sebagai respons kepada kenyataan Narongsak pada sidang media itu, Musk membalas dengan menyatakan bahawa bekas gabenor Thailand itu bukan pakar dalam perkara itu.
"Bekas gabenor wilayah Thailand (membuat tanggapan) tidak tepat sebagai 'ketua penyelamat' kerana bukan pakar dalam perkara itu," kata warga Amerika itu dan menurutnya Dick Stanton daripada Britain yang juga peneraju bersama dalam operasi itu ialah pakar dalam isu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Narongsak berkata kapal selam mini yang dicipta Musk tidak praktikal untuk misi menyelamat pemain bola sepak remaja yang terperangkap dalam Gua Tham Luang. Foto Twitter @elonmusk
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Malaysia kini huni tangga ke-128 dunia, pintas Indonesia
Kedudukan ranking dan mata masih lagi boleh berubah bergantung kepada keputusan perlawanan seterusnya.
Tan Sri Ibrahim Saad banyak jasa dalam pembangunan bola sepak - Presiden FAM
Hamidin menambah Allahyarham juga banyak memberikan pendapat kepada rakan-rakan setugas demi pembangunan bola sepak tanah air.
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
EPL: Kami tewas sekali lagi, kata Pep Guardiola kecewa
Ini kali pertama jurulatih kelahiran Sepanyol itu tewas dalam empat perlawanan sepanjang karier pengurusannya.
Piala Presiden 2024: Ubi muda JDT benam Selangor di MBPJ
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sekali lagi dalam final kedua di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Rabu depan.
Masa tepat TMJ pimpin FAM, Harimau Malaya - Safee Sali
Tunku Ismail disifatkan figura yang paling tepat dan berpengetahuan luas selain faham mengenai industri bola sepak negara.
Orang yang ada dalam industri bola sepak tak berfungsi - TMJ
Tunku Ismail menyifatkan mereka tidak mempunyai visi, komitmen, pengetahuan dan keinginan untuk memajukan bola sepak negara.