PEMIMPIN dunia mengutuk cubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di perhimpunan kempen pemimpin Republikan itu di Pennsylvania pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan seumpama itu dan menyifatkan serangan terbabit bukan jalan penyelesaian.
"Kita baru dapat maklumat awal. Apapun pendirian kita tentang mana-mana tokoh, ini bukanlah cara penyelesaian," kata beliau kepada pemberita dalam satu majlis di sini, Ahad.
Beliau turut menzahirkan simpati kepada Trump dan mengharapkan keadaan terkawal.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin berkata beliau terkejut apabila mengetahui insiden tembakan yang berlaku di perhimpunan calon Presiden AS itu.
"Kami amat prihatin dan tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan. Bagi pihak rakyat Thailand, saya berharap bekas Presiden Trump segera sembuh. Ingatan kami juga bersama keluarga yang cedera dan terjejas," katanya di X.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dalam menyatakan rasa terkejutnya menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menggunakan keganasan walaupun berbeza pandangan.
"Saya lega mendengar laporan bahawa beliau selamat dan sedang beransur pulih dengan baik. Ingatan kita bersama keluarga individu terbunuh serta mereka yang cedera dan terjejas oleh serangan itu," menurut Wong di akaun media sosial beliau.
Agensi berita Yonhap melaporkan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengecam serangan itu sebagai "keganasan politik yang mengerikan". Beliau berharap Trump cepat sembuh.
"Saya terkejut dengan keganasan politik yang mengerikan ini. Saya berharap bekas Presiden Trump cepat sembuh. Rakyat Korea Selatan berdiri bersama rakyat Amerika," tulis Yoon di X.
Sementara itu, Agensi Anadolu melaporkan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban yang bertemu dengan Trump beberapa hari lalu turut menyatakan solidaritinya.
"Ingatan dan doa saya bersama Presiden @realDonaldTrump dalam saat-saat gelap ini," tulis Orban di X.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata beliau "terkejut" dengan adegan mengejutkan pada perhimpunan itu dan menghantar ucapan terbaik kepada bekas presiden dan keluarganya.
"Keganasan politik dalam apa jua bentuk tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita dan ingatan saya bersama semua mangsa serangan ini," kata Starmer.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau juga menyatakan rasa ngerinya dengan menegaskan keganasan politik tidak boleh diterima.
"Ingatan saya bersama bekas Presiden Trump, mereka yang berada di acara itu dan semua rakyat Amerika," kata Trudeau.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menggesa supaya mengurangkan kebencian dalam pilihan raya Amerika dan menambah: "Solidariti dan harapan terbaik saya untuk pemulihan segera diberikan kepada beliau dengan harapan beberapa bulan kempen pilihan raya yang akan datang akan menyaksikan dialog dan tanggungjawab mengatasi kebencian dan keganasan."
Josep Borrell, ketua dasar luar EU mengutuk serangan itu. "Sekali lagi, kita menyaksikan tindakan keganasan yang tidak boleh diterima terhadap wakil politik," tulisnya.
Presiden Argentina Javier Milei berharap agar Trump segera sembuh serta pilihan raya AS yang akan datang "dijalankan dengan adil, aman dan demokratik."
Perkhidmatan Rahsia berkata penyerang melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas dari kedudukan tinggi di luar venue perhimpunan.
Suspek kemudian ditembak mati. Penembak itu dilaporkan menggunakan senjata api jenis AR-15, menurut Agensi Anadolu.
Insiden itu turut mengorbankan seorang penonton dan mencederakan dua yang lain.
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Ahad mengenal pasti Thomas Matthew Crooks, 20, dari Bethel Park sebagai suspek penembak yang cuba membunuh Trump.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024
Dilaporkan bahawa Trump cedera di bahagian atas telinga kanannya selepas tembakan dilepaskan semasa perhimpunan di Pennsylvania pada Sabtu. - AP
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cubaan bunuh: Trump ucap terima kasih kepada perkhidmatan rahsia pastikannya "selamat"
Trump mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap cubaan bunuh yang menimpanya pada Ahad di Florida.
FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh".
Biden lega Trump tidak cedera selepas cubaan bunuh
Presiden Amerika Joe Biden lahirkan rasa lega kerana bekas presiden Donald Trump tidak cedera berikutan cubaan membunuh.
Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.
Lelaki tolak isteri dalam gaung direman tujuh hari
Lelaki yang ditahan selepas disyaki memukul, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada 27 Julai lalu direman tujuh hari.
FBI sahkan telinga Trump memang terkena peluru semasa cubaan bunuh
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan pembunuhannya awal bulan ini, menurut kenyataan FBI.
Dewan Perwakilan AS sebulat suara undi tubuhkan pasukan petugas, siasat cubaan bunuh Trump
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu sebulat suara mengundi untuk menubuhkan pasukan petugas dwipartisan yang bertanggungjawab menyiasat cubaan bunuh bekas Presiden Donald Trump.
Penampilan pertama Trump di konvensyen GOP selepas terselamat cubaan bunuh
Donald Trump menghadiri Konvensyen Kebangsaan Republikan pada malam Isnin, penampilan umum pertamanya sejak terselamat daripada cubaan bunuh.
Trump imbau kembali cubaan bunuh, puji tindak balas pantas Perkhidmatan Rahsia
Trump, dalam satu wawancara eksklusif dengan New York Post, mengimbau kembali insiden yang hampir meragut nyawanya.