BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand pada Selasa mengumumkan pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada 7 Mei 2023, jika Dewan Rakyat melengkapkan tempoh penuh penggal empat tahun yang tamat pada Mac tahun depan.
SPR Thailand dalam satu kenyataan berkata, calon pada pilihan raya umum akan datang boleh memulakan kempen mereka mulai 24 Sept, iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir, menurut Perlembagaan.
Di bawah Seksyen 102 Perlembagaan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 45 hari selepas tamat penggal Dewan pada 23 Mac.
Pendaftaran pencalonan dijangka diadakan dari 3 hingga 7 April dan senarai calon akan diumumkan pada 14 April.
SPR Thailand dijangka merangka peraturan dan garis panduan untuk pilihan raya umum akan datang.
Sekiranya Dewan dibubarkan sebelum 23 Mac, sebelum penggal penuh tamat, SPR akan mengadakan pilihan raya umum sekurang-kurangnya 45 hari selepas pembubaran dan tidak lebih daripada 60 hari selepas pembubaran, mengikut Seksyen 103 Perlembagaan.
Badan pilihan raya Thailand itu perlu mengumumkan tarikh pilihan raya dalam tempoh lima hari selepas pembubaran dewan. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

SPR Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada 7 Mei 2023, jika Dewan Rakyat melengkapkan tempoh penuh penggal empat tahun yang tamat pada Mac tahun depan.

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Lebih 70,000 rakyat Thailand daftar undi luar negara
Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.

Abhisit Vejjajiva letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat
Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad.