BANGKOK: Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Konsular Kementerian Luar Thailand Ruj Thammongkol berkata pendaftaran untuk pengundian di luar negara yang bermula 25 Mac dan berakhir pada 9 April (23.59 jam waktu Thai).
"Sehingga 7 April, seramai 72,779 pengundi telah mendaftar untuk mengundi di luar negara.
"Dijangka ia (jumlah pemilih) akan mencecah jumlah pengundi luar negara yang mendaftar bagi pilihan raya 2019, iaitu sekitar 119,313 orang," katanya.
Bagi memastikan pendaftaran undi berkenaan boleh diakses oleh semua warga Thailand yang tinggal di luar negara, Ruj berkata Kementerian Luar telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pendaftaran pengundian luar negara dalam talian.
"Penambahbaikan sistem pendaftaran dalam talian telah dibuat bagi memastikan pendaftaran berjalan cepat dan lancar," katanya.
Ruj berkata MFA telah melancarkan Penyelarasan Pengundian Luar Negara di Jabatan Hal Ehwal Konsular untuk meningkatkan persiapan pilihan raya di luar negara dan mengelakkan isu-isu lain berdasarkan pengalaman terdahulu.
"Bagi Penyelarasan Pengundian Luar Negara, pegawai ditugaskan untuk memantau perkembangan terkini daripada Kedutaan Diraja Thailand atau Konsulat Jeneral menggunakan Sistem Pemantauan Pengundian Luar Negara (OVMS), yang akan mengenaskini masa nyata dari seluruh dunia, demi memastikan kelancaran dan aturan yang telus," katanya.
Pengundi di luar negara akan melaksanakan tanggungjawab mereka di kedutaan atau konsulat jeneral atau mengundi melalui pos, di negara masing-masing sebelum undi mereka dikira di Thailand.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Mei sebagai tarikh pilihan raya umum manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023

Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei. - Gambar hiasan

Celik MADANI: 1 juta pelajar IPT akan terima pelaburan awal RM50 – Amir Hamzah
Seramai satu juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan menerima pelaburan awal percuma sebanyak RM50 menerusi program Celik MADANI.

Konya, mutiara Turkiye yang kaya sejarah
Bandar tertua di Turkiye dengan populasi lebih dua juta penduduk itu, Konya sinonim sebagai pusat pemerintahan Seljuk antara 1071 hingga 1308.

OKU maut di stesen LRT: Loke nafi sistem PIES gagal berfungsi
Menteri Pengangkutan menafikan Sistem Keselamatan Penumpang (PIES) di stesen LRT Titiwangsa gagal berfungsi ketika kejadian seorang penumpang OKU mati digilis.

Utamakan graduan IMPAC, kurangkan kebergantungan pekerja asing - Johari
Pemain industri sektor perladangan dan agrikomoditi digesa aktif memastikan graduan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) memasuki pasaran pekerjaan dan merasai pengalaman praktikal.
Pendandan rambut maut, kemalangan empat kenderaan
Seorang pendandan rambut berusia 21 tahun maut selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh tiga kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Semenyih-Kajang, Selangor pada Ahad.
"Tidak ada sekolah yang akan ditutup dibawah Kerajaan MADANI" - Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan menegaskan tidak ada SKJT yang akan ditutup dibawah Kerjaan MADANI.
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Yang berhormat kena bantu saya bagi tahu dan yakinkan kepada semua komuniti india bahawa SJKT kita jaga”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan jumpa TikTok berhubung sekatan 18 akaun TikTok Media
Kerajaan menerusi MCMC akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform TikTok bagi mendapat penjelasan mengenai 18 akaun TikTok organisasi media yang disekat, baru-baru ini.
80 peratus bayar cukai
Lebih 80 peratus daripada pembayar cukai membabitkan individu dan syarikat, mematuhi pembayaran jumlah taksiran yang dibangkitkan oleh LHDN.

286 isu dibangkitkan LKAN disiasat pihak berkuasa
Sebanyak 286 isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) disiasat pihak berkuasa setakat hari ini.
MINDEF tambah baik langkah atasi kejadian buli di Maktab Tentera Diraja
Kementerian Pertahanan dan ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kesalahan disiplin termasuk perbuatan buli.

Lebih 70,000 rakyat Thailand daftar undi luar negara
Lebih 70,000 rakyat Thailand di luar negara telah mendaftar untuk mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Pilihan raya umum Thailand dijangka pada 7 Mei 2023
Calon boleh mula berkempen mereka mulai 24 Sept iaitu 180 hari sebelum penggal kerajaan berakhir.

Abhisit Vejjajiva letak jawatan sebagai pemimpin Demokrat
Abhisit Vejjajiva meletak jawatan sebagai pemimpin Parti Demokrat selepas partinya gagal mencapai sasaran 100 kerusi pada keputusan awal pilihan raya umum Thailand, pada Ahad.