Berjuta-juta warga Korea Selatan hari ini akan membuat pilihan menentukan presiden baru mereka antara Park Geun-Hye dan Moon Jae-In.

Jika Geun-Hye terpilih beliau akan menempa sejarah muncul wanita pertama menjadi presiden Korea Selatan.

Presiden baru bakal menggantikan Lee Myung-Bak yang tamat penggal pemerintahannya.

Geun-Hye ialah anak perempuan bekas pemerintah tentera Korea Selatan Jeneral Park Chung-Hee.

Jae-In pula merupakan peguam hak asasi yang pernah dipenjarakan semasa era pemerintahan bapa Geun Hye.

Suruhanjaya pilihan raya menjangkakan lebih 80 peratus akan keluar mengundi.

Isu kemelesetan ekonomi antara yang mendominasi kempen sebelum ini dimana ia turut menjurus kepada soal peluang perkerjaan dan kebajikan.

Keputusan awal akan diketahui lewat malam.