Menurut agensi berita rasmi Palestin, WAFA, keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa menteri yang terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Dalam Negeri dan Komunikasi.
Mereka mendakwa, Al Jazeera menyiarkan laporan yang menyesatkan dan menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.
Langkah ini tidak dijangka akan dilaksanakan di Gaza, yang dikendalikan oleh Hamas dan PA tidak mempunyai kuasa.
Al Jazeera baru-baru ini dikritik oleh PA berhubung liputannya mengenai ketegangan antara pasukan keselamatan Palestin dan pejuang militan di kem Jenin di Tebing Barat yang diduduki. Fatah, fraksi yang menguasai PA, menuduh penyiar itu menyemai perpecahan dalam dunia Arab, khususnya di Palestin, dan menggesa rakyat Palestin untuk tidak bekerjasama dengan rangkaian tersebut.
Pada September tahun lalu, tentera Israel mengeluarkan perintah penutupan operasi Al Jazeera selepas menyerbu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat. - Reuters