KERALA: Satu video tular seorang petani memandu kereta Audi A4 ke pasar untuk menjual hasil taninya telah menarik perhatian pengguna media sosial.
Video klip yang dikongsi dalam Instragram oleh Sujith SP, yang terkenal sebagai 'Petani Serba Boleh' di internet yang mengusahakan tanaman di sebuah ladang bayam terletak di Kerala, India.
Dalam ciapan di akaun Instragram 'Apabila Audi pergi menjual bayam' menampilkan video dia menuai sayur-sayuran dan kemudian menjualnya ke pasar.
Video itu juga menunjukkan dia meletakkan tikar atas lantai serta menyusun bayam merah sambil memanggil pelanggan membeli hasil tanamannya.
Dia yang berkongsi video itu sejak beberapa hari lalu telah mendapat tanda suka lebih 446,000 dan lapan juta tontonan.
Ramai netizen memuji usaha petani muda itu atas kerja keras dan dedikasinya sehingga berjaya serta mampu membeli kereta idamannya.
"Inspirasi hebat untuk anak muda yang bijak melihat peluang pertanian di depan mata," menurut ciapan seorang netizen.
Sebenarnya, Sujith tidak asing lagi dalam sektor pertanian di wilayah tersebut di mana dia sering berkongsi kesedaran dalam teknik pertanian moden menerusi akaun Instragram.
Justeru tidak hairanlah, dia sendiri mempunyai 203,000 pengikut dan sering berkongsi tip-tip pertanian kepada mereka berminat untuk mendapatkan nasihatnya dalam bidang tersebut. - Agensi/Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023

Sujith menaiki kereta mewah untuk menjual bayam merah di Kerala, India. - Agensi/Sinar Harian
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Petani muda pandu Audi A4 ke pasar jual sayur
Ramai yang memuji usaha petani muda itu atas kerja keras dan dedikasinya sehingga berjaya serta mampu membeli kereta idamannya.