MOSCOW: Pesawat Il-76 yang membawa tahanan perang Ukraine ditembak jatuh oleh pihak Kyiv pada sekitar pukul 11:15 waktu Moscow (08:15 GMT), dakwa Moscow pada Rabu.
Menurut Sputnik, Kementerian Pertahanan Rusia awal pada hari itu mengatakan bahawa sebuah pesawat angkut Il-76 dari angkatan udara Rusia dengan 65 warga Ukraine yang dalam perjalanan untuk pertukaran tahanan perang, serta enam anak kapal dan tiga pengiring, terhempas di wilayah Belgorod.
Kemudian, Vyacheslav Gladkov, ketua wilayah itu, mengatakan bahawa semua orang di dalam pesawat angkut yang terhempas itu terbunuh.
"Hari ini pada pukul 11:15 pagi, rejim Kyiv melakukan tindakan terorisme, yang menyebabkan sebuah pesawat angkut tentera Rusia ditembak jatuh, semasa dalam penerbangan ke lapangan terbang Belgorod membawa anggota tentera Ukraine untuk pertukaran," kata kementerian dalam satu kenyataan.
Pesawat itu dimusnahkankan oleh angkatan bersenjata Ukraine dari Wilayah Kharkiv dengan sistem peluru berpandu anti-pesawat, kata kenyataan itu, dan menambah kata bahwa peralatan radar dari pasukan aerospace Rusia mencatat pelancaran dua peluru berpandu Ukraine.
"Anak kapal dan semua penumpang pesawat itu terbunuh. Kepemimpinan Ukraine mengetahui bahawa, menurut amalan sedia ada, hari ini anggota tentera Ukraine akan diangkut dengan pesawat angkut tentera ke lapangan terbang Belgorod untuk pertukaran," kata pernyataan itu.
Menurut kesepakatan yang telah dicapai sebelumnya, pertukaran ini seharusnya berlangsung pada tengah hari di pos pemeriksaan Kolotilovka di sempadan Rusia-Ukraine.
"Rezim Kyiv mengambil langkah ini dengan tujuan menyalahkan Rusia atas kehancuran tentera Ukraine," kata kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Pesawat itu didakwa dimusnahkankan oleh angkatan bersenjata Ukraine dari Wilayah Kharkiv dengan sistem peluru berpandu anti-pesawat. - AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka pejabat di Kyiv
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Khamis berkata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah membuka pejabatnya di Kyiv bagi menyiasat dakwaan jenayah perang Rusia.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlibat nahas jalan raya di Kyiv
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kyiv pada Khamis, tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

Jokowi tiba di Kiev, adakan pertemuan dengan Presiden Ukraine
Pemimpin nombor satu Indonesia itu mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya pemimpin dari rantau Asia yang bersemuka dengan Zelenskyy.

Lebih 720 orang awam maut di Kyiv, Ukraine
Jumlah mayat yang ditemukan sudah melebihi 720 manakala 200 orang lagi dilaporkan hilang.

Krisis Rusia-Ukraine: Penduduk Kyiv teruskan latihan pertahan diri
Penduduk Kyiv meneruskan latihan mempertahankan diri di pinggir bandar itu pada Sabtu susulan kebimbangan pencerobohan Rusia ke atas sempadan Ukraine.

Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.