Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut di perairan Tanjung Karawang pada 29 Okt lepas.
Ketua Komite Nasional Keselamatan Transportasi Indonesia (KNKT) Soerjanto Tjahjono berkata pesawat itu tidak meletup di udara, sebaliknya berkecai selepas terhempas di laut akibat kelajuan tinggi dan hentaman kuat.
"Pesawat itu meledak atau pecah (berkecai) selepas menyentuh air, serpihan-serpihan pesawat ditemui berselerakan di radius 250 meter di dasar laut," katanya.
Setakat operasi pencarian pesawat itu yang memasuki hari ke-9 hari ini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan-serpihan pesawat, enjin dan roda pesawat, barangan milik peribadi penumpang serta cebisan dan anggota mayat para penumpang.
Pada Khamis (1 Nov lepas), pasukan SAR menemui "perakam data penerbangan (FDR) pesawat, dan kini fokus pencarian adalah kepada sebahagian lagi kotak hitam pesawat itu iaitu "Cockpit Voice Recorder (CVR)".
Operasi SAR yang menggunakan teknologi canggih seperti teknologi sonar, menemui FDR itu kira-kira 500 meter dari koordinat pesawat itu terhempas.
Penerbangan JT610, yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal, terhempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 29 Okt pukul 6.20 pagi.
Operasi SAR itu turut mengorbankan seorang penyelam awam, Syachrul Anto, 48, seorang penyelam dari Indonesia Diving Rescue Team pada 3 Nov lepas akibat mengalami "decompression sickness".
Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas), Muhamad Syaugi berkata fokus operasi kini bertumpu di koordinat yang ditemui alat FDR, namun menghadapi kesukaran berikutan isyarat 'ping" dari CVR itu telah gagal dikesan sejak dua hari lepas.
"Setakat hari ini, 164 kantung (beg jenazah) telah dihantar ke Rumah Sakit Polis Indonesia untuk proses identifikasi, kantung itu terdiri daripada 429 cebisan anggota badan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Setakat ini juga, sebanyak 27 jenazah dikenalpasti menerusi ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018

Salah seorang anggota pasukan Basarnas memeriksa serpihan dan barangan milik penumpang di lokasi kejadian. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kandungan kotak hitam Lion Air tidak akan didedah
Menurut peraturan antarabangsa, laporan akhir sesuatu insiden harus disiapkan dalam tempoh 12 bulan mengikut kesesuaian kes.

Operasi SAR mangsa nahas Lion Air JT610 dihentikan
Selepas 13 hari, keputusan oleh Ketua Basarnas itu diambil kerana bahagian tubuh mangsa yang ditemukan semakin sedikit.

Hanya esakan, tangisan kedengaran di tengah lautan...
Acara menabur bunga dan berdoa di lokasi jatuhnya pesawat Lion Air di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat sebagai menghormati mangsa korban pesawat mengundang rasa hiba.

Pesawat Lion Air berkecai selepas terhempas
Pesawat Lion Air disahkan berkecai akibat hentaman kuat selepas terhempas di permukaan laut di perairan Tanjung Karawang pada 29 Okt lepas.

Nahas Lion Air: Penyelam dengar tangisan, teriakan di dasar laut?
Genap seminggu tragedi pesawat Lion Air JT610 terhempas, pelbagai pihak berusaha mencari dan menyelamat mangsa tanpa kenal erti penat.

Kasut digunakan untuk kenal pasti mangsa nahas pesawat Lion Air
Pihak berkuasa Indonesia menggunakan kasut yang dipakai oleh mangsa korban bagi membantu proses mengenal pasti identiti penumpang.

Kotak hitam pesawat Lion Air JT610 dijumpai
Pasukan penyelam TNI berjaya menjumpai kotak hitam milik pesawat Lion Air itu dan membawanya naik ke atas kapal Baruna Jaya I.

Nahas Lion Air: Artis Indonesia cerita pengalaman naik pesawat sehari sebelum tragedi
Pengacara televisyen TransTV, Conchita Caroline dan Selebriti Instagram Indonesia, Aphrodita Mayangsari menceritakan pengalaman mereka sehari sebelum pesawat Lion Air JT610 terhempas.

Nahas pesawat Lion Air: Objek dipercayai bangkai pesawat dikesan - TNI
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempas di perairan Tanjung Karawang pada Isnin, hari ini mengesan satu objek dipercayai bangkai pesawat itu.

Nahas Lion Air: Semua pesawat Boeing 737 MAX 8 diperiksa
Pegawai Kementerian Pengangkutan mengesahkan pemeriksaan ke atas pesawat Garuda dan Lion Air sudah bermula pada Selasa.