Seorang pesakit berusia 27 tahun menjalani pembedahan otak di sebuah hospital di Sepanyol sambil meniup alat muzik, saksofon.
Carlos Aguilera memainkan lagu jazz klasik berjudul Misty sewaktu menjalani prosedur pembedahan selama 12 jam.
Sejumlah 16 doktor yang terbabit dalam pembedahan itu sepakat membuat keputusan membiarkan pesakit tersebut menjalani prosedur pembedahan dalam keadaan sedar.
Langkah itu adalah bagi membantu pakar bedah memastikan tiada kesan kepada fungsi otak dari segi kawalan percakapan, pendengaran dan pergerakan, terutamanya pada peringkat akhir pembedahan.
Aguilera mula menjalani pembedahan itu di Hospital Malaga, Sepanyol pada Oktober dan sesi pembedahan pada Selasa lalu adalah fasa terakhirnya.
Dia pada Rabu tampil menceritakan kisah kejayaan pembedahan itu kepada umum dan menurut jurucakap hospital itu, teknik pembedahan ini merupakan kali pertama pernah dilakukan di Eropah.
Agensi
Thu Dec 17 2015
Aguilera meniup saksofon ketika pembedahan fasa terakhir sedang dilakukan para doktor. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh
Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan UMS dimulakan sejak November 2022.
Wee rakam penghargaan petugas HKL rawat mangsa pelanggaran LRT
Jutaan terima kasih kepada 'unsung heroes' dari HKL di bawah Ketua Jabatan Neurosurgery Dr Azmi Alias kerana menyelamat dan merawat semua mangsa yang tercedera.
Doktor 'bunuh' Maradona! - Jururawat dakwa kecuaian jadi punca
Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada November tahun lalu di usia 60 tahun selepas menjalani pembedahan otak akibat pembekuan darah.
Maradona discaj dari hospital selepas jalani pembedahan otak
Ratusan penyokong mengerumuni ambulans yang membawa Maradona keluar dari hospital yang terletak di Vicente Lopec itu.
Artis jazz ini terus bermain gitar ketika jalani pembedahan otak
Manzini berbaring dalam bilik pembedahan, dikelilingi petugas perubatan, sambil dirinya memetik tali gitar secara berterusan.
Pesakit jalani pembedahan otak sambil meniup saksofon
Carlos Aguilera memainkan lagu jazz klasik berjudul 'Misty' sementara menjalani pembedahan selama 12 jam dalam keadaan sedar.