Seorang seniman jazz Afrika Selatan, Musa Manzini, telah melakukan satu perkara yang paling aneh dan luar biasa!
Dia telah membuat persembahan muzik di seluruh dunia, namun yang satu ini menjadi sesi persembahannya yang paling istimewa - iaitu terus memetik gitar ketika doktor-doktor membuat pembedahan langsung pada otaknya.
Sebuah video yang dimuat naik ke laman media sosial menunjukkan seniman instrumental yang juga pensyarah universiti itu menjalani prosedur pembedahan otak selama enam jam.
Dalam usaha untuk membuang ketumbuhan di otaknya itu, Manzini berbaring dalam bilik pembedahan, dikelilingi petugas perubatan yang bekerja dengan teliti, sambil dirinya memetik tali gitar secara berterusan.
Kaedah itu membolehkan pasukan doktor di Durban tersebut meneliti bahagian otak Manzini yang digunakan untuk bermain muzik. Seterusnya, itu membolehkan mereka melindungi bahagian otak tersebut selain mengembalikan upaya pergerakan jarinya, yang terjejas akibat ketumbuhan itu.
"Saya rasa sangat janggal dan tidak selesa," ujar Manzini kepada Reuters seminggu selepas pembedahan itu. "Berada dalam situasi antara dibius dan sedar, dan mendengar bunyi perkakasan di dalam otak anda... menjadikannya sangat sukar untuk memberi tumpuan."
Para doktor memilih untuk menjalankan pembedahan itu dalam keadaan Manzini sedar, supaya mereka dapat menilai bahagian otak yang masih berfungsi ketika pembedahan itu berlangsung. Itu dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan saraf.
"Ia satu kejayaan, ketika situasi paralisis menjadi risiko terbesar. Saya tidak dibius penuh, saya masih berupaya mengawal pergerakan sendi dan oleh sebab itu saya dalam semangat positif serta memulih dengan baik," ujarnya yang telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita Indonesia.
Apabila pulih sepenuhnya, Manzini memasang hasrat untuk kembali membuat persembahan di atas pentas.
Agensi
Mon Dec 24 2018
Rakaman video yang dimuat naik di Facebook Musa Manzini, yang menunjukkan dirinya memetik gitar sewaktu para doktor bertungkus-lumus membuat pembedahan otaknya.
Sarawak antara penyumbang eksport utama bagi November 2024
Sarawak menyumbang 7.9 peratus eksport negara sekaligus menjadi antara lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia bagi bulan November.
Jasad nelayan ditemui terapung selepas 48 jam hilang
Mayat Jolkepli Hamidi, 60 tahun, ditemui selepas 48 jam hilang selepas terjatuh daripada bot di Sungai Kelaoh, Lundu pada pagi Jumaat.
Bapa mengaku tidak bersalah cederakan anak dengan lilit leher, lambung ke katil
Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lori pencabut nyawa, apa tindakan keselamatan?
Ikuti ulasan Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh, mengenai tindakan yang wajar diambil untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya daripada nahas akibat kenderaan berat yang tidak mengikut piawaian keselamatan pihak berkuasa.
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
IKIM akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Cederakan junior UPNM: Mahkamah tetap 4 Februari sebagai tarikh sebutan kes
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 4 Feb tahun hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang didakwa mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
[INFOGRAFIK] Tenaga Buruh (Oktober 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan Tenaga Buruh Oktober 2024.
NUBE lancar kempen hapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melancarkan kempen tandatangan bertujuan menghapuskan bayaran pengeluaran tunai RM1 di ATM antara bank yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Turkiye berhasrta bekalkan tenaga elektrik ke Syria
Turkiye berhasrat membekalkan tenaga elektrik ke Syria dan mengukuhkan infrastruktur kuasanya.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.
PM bincang isu BRICS, Palestin dengan bekas Menteri Perhubungan Antarabangsa Afrika Selatan
Perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat Dr Naledi Mandisa Pandor di pejabat beliau semalam.
Penyertaan Malaysia akan jadikan BRICS lebih inklusif - Wakil Afrika Selatan
Peranan Malaysia dalam BRICS akan diperkukuh lagi menerusi kepengerusian ASEAN pada 2025 selain pengaruh besar negara dalam NAM dan OIC.
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.