KUALA LUMPUR: Afrika Selatan, seperti Rusia dan negara sedang pesat membangun utama lain, amat menantikan penyertaan Malaysia dalam kumpulan BRICS memandangkan pendirian kukuh dan konsisten Kuala Lumpur dalam menyokong kepentingan negara-negara membangun berhubung isu-isu utama antarabangsa.
Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia, Dave Malcomson berkata sebagai penyokong pergerakan Selatan-Selatan, peranan Malaysia dalam BRICS akan diperkukuhkan lagi menerusi kepengerusian ASEAN pada 2025 selain pengaruh besar negara dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Beliau berkata dengan Afrika Selatan sendiri memegang jawatan presiden negara Kumpulan 20 (G20), kedua-dua negara boleh memimpin negara lain dalam mengambil pendirian bersama dalam bidang seperti mereformasikan institusi tadbir urus global dan menyebarluaskan kepentingan negara membangun.
"Sudah tentunya banyak yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan Afrika Selatan secara bersama-sama. BRICS akan bertambah baik sekiranya ia lebih kukuh dan lebih inklusif," katanya semasa rancangan bual bicara "The Nation" terbitan Bernama TV yang disiarkan minggu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad berkata Malaysia telah menghantar permohonan kepada presiden perkumpulan itu, Rusia, untuk menyertai BRICS.
Malcomson berkata media mempunyai naratif bahawa sesetengah negara mungkin ada yang agak kurang gembira dengan Malaysia menyertai BRICS.
"Saya tidaklah berpandangan seperti itu," katanya.
"BRICS tidak berkonflik dengan apa-apa (dan) kami tidak ditubuhkan untuk berkonflik dengan apa-apa. Kami juga tidak memberi kata dua sama ada pilih kami atau tentang kami. Kita boleh berkawan dengan semua orang.
"Selagi kami mengekalkan hubungan strategik yang kukuh dengan semua rakan kami, sama ada Amerika Syarikat atau Kesatuan Eropah, kami tidak melihat akan ada sebarang isu."
BRICS BUKAN MEDIUM UNTUK DEDOLARISASI
Menurutnya, Malaysia mesti berhati-hati untuk tidak terpengaruh dengan gembar-gembur media sedemikian, yang juga termasuk naratif tidak benar yang mengaitkan BRICS dengan dedolarisasi (mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS).
"Anda tidak akan menemui perkataan 'de-dollarisasi' (dedolarisasi) dalam dokumen BRICS," katanya.
Sewaktu Bank Pembangunan Baharu BRICS diwujudkan, beliau berkata presiden pertamanya telah melakukan kajian berkaitan pinjaman untuk projek-projek infrastruktur bagi jangka panjang.
Kajian itu menunjukkan peminjam membayar sebahagian besar daripada kos untuk membayar turun naik (mata wang) mereka berbanding nilai dolar AS berikutan pinjaman yang berasaskan mata wang negara maju itu.
Secara ringkasnya, mereka membayar hanya untuk menampung kenaikan dolar berbanding mata wang sendiri dan bukannya semata-mata membayar balik kos pinjaman.
Jika diteliti, dolar AS telah meningkat secara mendadak berbanding mata wang serantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini -- sebahagian besarnya disebabkan oleh tindakan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah dalam usaha menangani inflasi.
Keadaan itu telah meningkatkan kos import dan pinjaman yang diuruskan atau dalam denominasi dolar AS.
"Oleh itu, apa yang kita cuba lakukan di BRICS, terutamanya menerusi Bank Pembangunan Baharu adalah menaikkan bon tempatan supaya dapat menggunakan mata wang negara sendiri untuk membayar pinjaman serta membayar perdagangan dan pelaburan."
GEMBLENG TENAGA TANGANI ISU GLOBAL
Beliau berkata pendekatan itu bukanlan satu idea baharu memandangkan bekas Kesatuan Soviet dan India pernah menjalankan dagangan menggunakan mata wang sendiri.
Malah, ini juga idea yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke rantau ASEAN.
Jika ekonomi Asia Tenggara menggunakan mata wang tempatan, ini akan memberi kelebihan kepada mereka kerana dapat mengurangkan risiko dari segi turun naik mata wang.
Pada masa sama, mereka juga dapat bergabung tenaga dalam perdebatan berterusan mengenai perubahan iklim, menangani pandemik dan krisis kesihatan antarabangsa serta jenayah rentas sempadan.
Bagi Malcomson, perkara ini sememangnya tidak boleh ditangani secara individu sebaliknya memerlukan penglibatan secara kolektif.
Selain penyertaan Malaysia, satu lagi negara Asia Tenggara, Thailand juga telah memohon untuk menyertai BRICS manakala negara-negara ASEAN lain turut menunjukkan minat terhadap blok ekonomi itu.
Beliau berkata BRICS juga berupaya membantu memajukan Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA), yang berhasrat memperkukuh kerjasama serantau dan pembangunan mampan di rantau Lautan Hindi, yang menyaksikan Malaysia sebagai sebahagian daripadanya.
Anwar menyatakan minat yang mendalam untuk Malaysia menyertai BRICS, dengan negara anggota asal adalah Brazil, Rusia, India dan China pada 2009 dan Afrika Selatan pada 2010.
Perdana Menteri berkata keutamaan Malaysia untuk menyertai BRICS bertujuan memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan serta mengembangkan hubungan perniagaan secara global, iaitu langkah yang dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada peniaga, pelabur dan komuniti perniagaan.
BRICS TIDAK UBAH KUASA GLOBAL DARIPADA NEGARA BARAT
Malcomson berkata antara kelebihan BRICS adalah membolehkan negara membuat keputusan kolektif mengenai isu-isu utama menjelang perbincangan utama seperti di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Oleh itu, sekiranya menyertai BRICS, kita boleh bekerjasama dengan Malaysia untuk meningkatkan beberapa kedudukan bersama dalam melakukan pembaharuan terhadap seni bina kewangan dan politik antarabangsa," katanya.
Menurutnya institusi global seperti PBB perlu mencerminkan peralihan ini dan perubahan dalam kuasa global berikutan terdapat kuasa ekonomi baharu dan kuasa politik baharu.
Mengenai kuasa barat yang menjadi tradisi, Malcomson ingin tahu mengapa kumpulan itu sebagai pihak yang mengetuai perubahan global dan menetapkan peraturan.
"BRICS baru sahaja menjadi gambaran selepas perubahan itu (dan) saya tidak berpandangan ia perlu menjadi daya pendorong kepada perubahan ini (sebagaimana) yang telah berlaku.
"Kami tidak melihat bahawa BRICS mengalihkan kuasa global daripada negara barat," katanya.
Selain Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, negara anggota BRIC lain termasuk Iran, Mesir, Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.
Perdana Menteri sebelum ini berkata, secara kumulatif, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara anggota BRICS berjumlah US$26.6 trilion iaitu 26.2 peratus daripada KDNK dunia -- iaitu hampir sama dengan kekuatan ekonomi negara-negara blok kumpulan G7.
BRICS merangkumi 3.54 bilion atau hampir 45 peratus penduduk dunia sekali gus menjadikannya wajar dari segi ekonomi untuk Malaysia menyertainya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Malcomson (kanan) semasa ditemu bual dalam rancangan 'The Nation' terbitan Bernama TV yang disiarkan minggu lepas. --fotoBERNAMA
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
AWANI Ringkas: Tol percuma ketika perayaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Januari 2025
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
Agenda AWANI: WEF2025 | ASEAN Tumpuan Dunia Merungkai Dasar Industri
Dalam dunia yang penuh sikap perlindungan dan berpecah belah, apakah cabaran untuk memandu arah dalam menarik pelaburan dan membangun industri penuh lestari?
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bawa naratif ini ke World Economic Forum (WEF2025). Diskusi 830 mlm ini
Bursa Malaysia terus meningkat untuk hari keempat berturut-turut
Penanda aras FBM KLCI meningkat 7.34 mata atau 0.46 peratus kepada 1,587.80, dipacu terutamanya oleh sektor perladangan dan kewangan.
Konflik Syria: Pasca perang, jauh lagi perjalanan…
Syria kini berada dalam fasa perubahan selepas kejatuhan rejim Bashar Al Assad.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
Editor Media Sosial Astro AWANI, Hilal Azmi, membawa anda menyelami realiti pasca perang dari Damsyik, meneliti cabaran infrastruktur, sekatan ekonomi, dan kehidupan rakyat yang terus berjuang dalam keadaan serba kekurangan.
Saksikan laporan eksklusif ini bersama Global Peace Mission Malaysia.
PLUS sedia buka 'Smart Lane' di 25 lokasi
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan pergerakan trafik lebuh raya di lokasi terpilih sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.
Bekas Pengarah SRC tandatangan cek kosong
Datuk Suboh Md Yassin menandatangani cek kosong itu selepas bekas CEO SRC memaklumkan kepadanya bahawa itu adalah arahan 'pihak atas'.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Mahkamah tertinggi Colorado putuskan gajah-gajah di zoo AS bukan manusia
Habeas corpus tidak terpakai kepada haiwan, "tidak kira betapa canggih kognitif, psikologi atau sosial haiwan itu".
Putin, Xi Jinping setuju perkukuh BRICS - Pembantu Presiden Rusia
Isu itu adalah antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin dalam panggilan video pada Selasa.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
ASEAN25: Meja bulat ASEAN-BRICS perkukuh kerjasama kalangan pasaran pesat membangun
Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia boleh mencadangkan satu perbincangan meja bulat antara Asia Tenggara dengan negara BRICS untuk meneroka koridor perdagangan baharu.
Indonesia secara rasmi sertai BRICS sebagai anggota penuh
Ia penambahan kepada anggota penuh sedia ada iaitu Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kerajaan Brazil pada 6 Januari secara rasmi mengumumkan penerimaan Republik Indonesia sebagai anggota penuh BRICS.
ASEAN perlu ambil sikap neutral proaktif tangani kuasa-kuasa besar - Penganalisis
ASEAN perlu mengambil sikap berkecuali proaktif dalam menangani pertembungan kuasa-kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat dan China.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus pada kerjasama Selatan Global
Brazil mengambil alih pengerusi bergilir kumpulan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) pada Rabu.
Thailand terima jemputan jadi negara rakan BRICS
Thailand berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dengan ahli BRICS untuk meningkatkan peluang ekonomi dan menonjolkan peranannya.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.