BEKAS bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona dibenarkan keluar dari sebuah hospital pada Rabu setelah seminggu menjalani pembedahan otak.

Di perkarangan hospital, wartawan dan peminat berkumpul menunggu kelibat Maradona.

Hospital yang terletak di Vicente Lopec itu menyaksikan ratusan penyokong mengerumuni ambulans yang membawa Maradona keluar dari hospital.

Maradona akan meneruskan rawatan di rumahnya di utara Buenos Aires bersama keluarganya.

Dia pulih dari pembedahan untuk mengeluarkan darah beku dari otaknya.

Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di La Plata pada Isnin dengan gejala anemia, dehidrasi dan kemurungan, namun dilapor akan menjalani prosedur lanjut setelah mesin pengimbasan MRI mendedahkan dia menghidap hematoma subdura.

Maradona menguruskan pasukan divisyen satu Kelab de Gimnasia y Esgrima La Plata tetapi direhatkan dari latihan pasukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan risiko dijangkiti COVID-19 kerana tergolong dalam kumpulan risiko.