Calon Presiden Demokrat Joe Biden turun ke padang di Kenosha, Wisconsin bagi membincangkan isu yang dihadapi masyarakat kulit hitam.

Ia susulan insiden membabitkan Jacob Blake, yang ditembak tujuh kali oleh pihak polis ketika disaksikan anak-anaknya.

Susulan pertemuan bersama ahli keluarga Blake, Biden menyertai perbincangan di sebuah gereja bersama komuniti kulit hitam, termasuk ahli perniagaan dan pemimpin masyarakat sivil.

Blake kini lumpuh dari pinggang ke bawah akibat kecederaan daripada insiden tembakan itu.

BACA: Jacob Blake miliki pisau, kata penyiasat

BACA: NBA: Perlawanan ditunda gara-gara protes selepas Jacob Blake ditembak

BACA: Tunjuk perasaan bertukar ganas di Wisconsin, dua terbunuh


Ia sekali lagi mencetuskan protes, yang menyaksikan dua penunjuk perasaan maut akibat ditembak oleh salah seorang peserta protes.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Biden di Kenosha, yang dilihat sebagai pendekatan yang amat berbeza daripada seteru politiknya, Donald Trump.