JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menegaskan perpaduan dan pemusatan ASEAN masih dikekalkan di tengah-tengah cabaran dunia yang semakin sukar dan perebutan pengaruh dalam kalangan kuasa besar dunia, lapor Agensi Berita ANTARA.
"Sebagai ahli keluarga ASEAN dan pengerusi ASEAN, saya ingin menekankan bahawa perpaduan ASEAN sehingga hari ini masih dikekalkan dengan baik," katanya pada perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di sini pada Selasa.
Jokowi menegaskan bahawa perpaduan ASEAN tidak bermakna tiada perbezaan pendapat antara negara anggota.
Ketua negara itu menyatakan Indonesia, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, budaya, bahasa, dan agama, melihat perpaduan sebagai keharmonian walaupun terdapat perbezaan, termasuk perbezaan pendapat.
"Kerana perbezaan pendapat, sebenarnya menyuburkan demokrasi. Ia menunjukkan kita sebagai sebuah keluarga berada pada kedudukan yang sama," katanya.
Menurut Jokowi, kesamaan telah menjadi "perkara yang jarang berlaku" di dunia, memandangkan beberapa ketidakadilan dan konflik yang terus berlaku akibat ketiadaan kesamaan.
"Bagaimanapun, di ASEAN, perkara berbeza. Kesamaan sebenarnya adalah nilai utama yang kita hormati dan tegakkan bersama dalam kerangka perpaduan dan kebersamaan agar kapal besar ASEAN dapat terus belayar," tegasnya.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Jokowi menegaskan bahawa perpaduan ASEAN tidak bermakna tiada perbezaan pendapat antara negara anggota. - Gambar AP
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken
Ini kerana, Blinken berkata, kepentingan strategik di rantau ini adalah jelas.

Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.

Pemimpin ASEAN nantikan penyertaan penuh Timor-Leste dalam keluarga ASEAN - Siphandone
Pemimpin blok itu menantikan keahlian penuh negara termuda di Asia Tenggara dalam keluarga ASEAN pada masa akan datang.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.

Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.