LYTTON: Sebuah bandar kecil di Kanada memecah rekod suhu paling panas dalam sejarah negara itu.
Ia selepas satu kejadian kebakaran hutan yang berlaku di bandar Lytton yang mana dilaporkan berpunca daripada gelombang panas yang keterlaluan.
Memetik laporan CNN, kebakaran tersebut telah memusnahkan kebanyakan rumah dan struktur bangunan selain beberapa penduduk di bandar itu dikategorikan masih hilang.
Susulan itu, Lytton yang secara puratanya merekodkan suhu maksimum sekitar 25 darjah Celsius, mencecah rekod suhu panas setinggi 49.6 darjah Celsius iaitu paling tinggi dalam sejarah Kanada.
Kebakaran itu mengakibatkan ratusan penduduk di sekitar kawasan bandar tersebut dilaporkan hilang dan ada juga yang disahkan meninggal dunia akibat gelombang haba.
Tidak setakat itu, ia malah turut memusnahkan kebanyakan rumah dan struktur bangunan yang terletak di kawasan pergunungan itu.
Kini, bandar Lytton yang merupakan kawasan perkampungan kecil di selatan British Columbia, Kanada dengan populasi penduduk sekitar 250 orang dikosongkan oleh pihak berkuasa.
Dalam perkembangan sama, para saintis telah mengeluarkan amaran untuk beberapa dekad ke hadapan bahawa perubahan iklim akan menjadikan gelombang haba berlaku lebih kerap dan lebih teruk.
Itulah yang dapat dilihat sedang berlaku di Kanada ketika ini, malah kebanyakan tempat tinggal lain di bahagian hemisfera utara turut memperlihatkan suhu panas yang semakin parah akibat daripada perubahan iklim.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Jul 10 2021
Kebakaran telah memusnahkan kebanyakan rumah dan struktur bangunan selain beberapa penduduk di bandar itu dikategorikan masih hilang. -AP
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
FEM2025: Charting Malaysia’s Path to Regional Leadership
Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) is the premier platform to chart Malaysia’s priorities and policies for 2025. Organised by the Government of Malaysia, this annual event will track the medium-term progress of the government’s initiatives and set the narrative for the coming year. With Malaysia assuming the chairmanship of ASEAN in 2025, "Seizing Malaysia’s Moment" recognises the country’s inherent strengths to seize the opportunities that lie ahead.
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju Sukma 2026
Ia sebahagian proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya..
Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
Kebakaran hutan landa Los Angeles, 30,000 penduduk dipindahkan
Sekurang-kurangnya 2,921 ekar kawasan Pacific Palisades, antara Santa Monica dan Malibu, telah terbakar.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan sejarah untuk alam sekitar, tetapi bukan dalam situasi yang positif.
Ribuan diarah pindah susulan kebakaran di barat Melbourne
Penduduk di beberapa bandar di barat Melbourne, Australia, diarahkan untuk segera berpindah berikutan kebakaran belukar yang semakin tidak terkawal.
Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.
Sao Paulo tubuh kabinet krisis tangani kebakaran hutan
Kerajaan negeri memberi amaran bahawa kebakaran hutan boleh merebak dengan cepat akibat angin kencang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kebakaran hutan landa bandar Izmir di Turkiye, ratusan terpaksa berpindah
Kebakaran yang bermula di daerah Karsiyaka memasuki hari ketiga dan merebak ke kawasan kejiranan perumahan dan tapak perindustrian.
Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.