HAMILTON, Canada: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengesyorkan satu resolusi menggesa permohonan Palestin sebagai anggota penuh PBB dan diberikan hak-hak tambahan dinilai semula.
Resolusi itu yang diterajui Emiriah Arab Bersatu (UAE) (bagi pihak Kumpulan Arab), diterima selepas mendapat sokongan majoriti dengan 143 negara anggota menyokong, sembilan menentang dan 25 berkecuali, lapor Agensi Anadolu.
Ditaja bersama Turkiye dan hampir 80 negara anggota, resolusi itu menzahirkan “kekesalan dan kebimbangan” terhadap veto dari Amerika Syarikat (AS) di Majlis Keselamatan PBB pada 18 April lepas.
Menekankan kepentingan mempertahankan keadilan dan menghormati hak asasi manusia yang utama, resolusi itu menekankan keperluan menghormati integriti wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur.
Resolusi itu menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk mempertimbangkan semula permohonan keanggotaan Palestin dalam PBB supaya diterima berdasarkan Perkara 4 Piagam PBB Palestin layak untuk menjadi anggota PBB.
Meminta supaya aturan tertentu dibuat bagi membolehkan penyertaan Palestin dalam sesi Perhimpunan Agung, ia juga menggesa supaya Palestin menyertai mesyuarat anjuran badan-badan PBB dan persidangan pertubuhan antarabangsa itu.
Resolusi itu bertegas mempertahankan hak warga Palestin untuk kemerdekaan dan kenegaraan serta menekankan kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa merupakan asas kepada keamanan dan keselamatan di rantau itu.
Ia juga menggesa Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mengambil langkah yang diperlukan untuk melaksanakan resolusi yang diterima pakai pada masa ini.
-- BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Sat May 11 2024

Reaksi para perwakilan terhadap keputusan pengundian semasa undian Perhimpunan Agung PBB mengenai draf resolusi yang akan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai layak menjadi anggota penuh PBB, di New York City, 10 Mei 2024. - REUTERS

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Angka korban di Gaza melebihi 48,300 orang, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan
Jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Setiausaha Agung OIC komited pertahan perjuangan Palestin, hak minoriti Islam
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha menegaskan komitmen organisasi itu dalam mempertahankan perjuangan rakyat Palestin.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.