GAZA: Pihak berkuasa Palestin mendedahkan, angka korban akibat perang antara Israel dan Hamas di Gaza sehingga kini telah melepasi 11,000 mangsa.
Menuut Kementerian Kesihatan Palestin negar itu, sejumlah 11,078 mangsa terkorban sejak serangan meletus pada 7 Oktober yang lalu.
Angka korban itu termasuk 4,506 kanak-kanak dibunuh dalam beberapa siri serangan oleh rejim zionis yang turut menyasarkan hospital sebagai sasaran.
“Angka kematian akibat pencerobohan Israel meningkat kepada 11,078, termasuk 4,506 kanak-kanak,
3,027 wanita, dan 678 warga emas dan 27,490 yang lain cedera," ujar kementerian itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Selain itu, kementerian itu turut mengesahkan, sebanyak 21 hospital dan 47 pusat kesihatan terputus perkhidmatan.
"Pelanggaran Israel terhadap sistem kesihatan menyebabkan kematian 198 kakitangan kesihatan dan kemusnahan 53 ambulans, manakala 135 institusi kesihatan menjadi sasaran dan 21 hospital dan 47 pusat kesihatan penjagaan primer tidak beroperasi." kata kementerian itu lagi.
Sementara itu, puluhan ribu rakyat Palestin telah melarikan diri dari utara Gaza dengan berjalan kaki ketika tentera Israel bergerak ke kawasan kejiranan bandar yang padat dan menyerang hospital yang menjadi tempat perlindungan mangsa perang.
Kota Gaza telah menjadi tumpuan serangan darat Israel dengan pertempuran sengit dan serangan udara dilaporkan pada Jumaat di kawasan berpenduduk padat.
Pada masa sama, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, pada awal minggu ini sahaja, sekurang-kurangnya 1.5 juta daripada 2.3 juta penduduk Gaza telah meninggalkan rumah mereka sejak serangan bermula pada 7 Oktober lalu. - Agensi
Agensi
Fri Nov 10 2023
Angka kematian akibat pencerobohan Israel meningkat kepada 11,078, termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita, dan 678 warga emas dan 27,490 yang lain cedera. - Gambar AP
Ekonomi Malaysia berkembang 5.0 peratus pada 2025 - Pakar
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan mampan sebanyak 5.0 peratus pada 2025 berbanding 4.9 peratus yang dianggarkan pada 2024.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Aaron-Wooi Yik cemas sebelum ke pusingan kedua
Pasangan pilihan kelima itu memulakan kempen di Axiata Arena Bukit Jalil dengan permulaan cerah, meraih kemenangan set pertama 21-15.
ASEAN: Malaysia sasar muktamadkan rangka kerja ekonomi digital tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan.
Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro
Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi impak positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan.
UNRWA beri amaran hospital di Gaza "kini menjadi perangkap maut"
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Rabu menyifatkan "hospital di Gaza kini menjadi perangkap maut."
Ahli Parlimen UK desak pengusiran duta Israel
Ahli Parlimen Bebas John McDonnell menyorot keadaan yang semakin kritikal di Semenanjung Gaza, terutama ketika musim sejuk yang mencabar.
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.