Menerusi satu hantaran di X pada Jumaat, beliau mendakwa, langkah itu bagi memastikan warga Israel yang dipindahkan dari kawasan utara dan selatan Israel akibat konflik berterusan dengan Gaza dan ancaman Hezbollah di Lubnan, kembali ke rumah, sekolah, dan memulakan kembali perniagaan mereka.
Katanya lagi, mereka berhak menikmati hak paling asas sebagai sebuah negara untuk hidup dalam kedamaian, keselamatan dan ketenangan seperti negara lain.
Hak itu merangkumi tindakan membawa pulang para tebusan kembali ke pangkuan keluarga mereka, ujarnya.
Beliau juga menegaskan, Israel berulang kali menyatakan bahawa mereka tidak mahukan perang tercetus, baik hari ini mahupun pada masa hadapan.
Tambahnya, tidak diragukan bahawa hingga hari ini, dunia sama ada musuh ataupun sahabat Israel menyedari mereka memiliki angkatan udara yang hebat.
Beliau dalam pada itu turut memuji tindakan yang disifatkan tepat dan 'mengagumkan' dilancarkan Tentera Udara Israel terhadap Hezbollah pada malam sebelumnya.
Herzog juga menyanjung pasukan itu bersama semua pasukan keselamatan Israel lain atas usaha luar biasa dalam perang yang tercetus.