Polis Perancis hari ini telah mengenal pasti seorang daripada tujuh penyerang bersenjata yang melakukan serangan sehingga meragut sekurang-kurangnya 129 nyawa dan mencederakan lebih 300 yang lain dalam serangan di Paris, pada Jumaat.
Pihak berkuasa menamakan Omar Ismail Mostefai, 29, sebagai penyerang pertama yang dikenal pasti dari jarinya yang ditemui di dewan teater Bataclan, lokasi paling berdarah dalam serangan itu.
Mostefai, seorang warga Perancis dibesarkan di pinggir bandar Paris, pernah ditahan atas beberapa kes jenayah ringan namun tidak pernah dipenjarakan.
Kesan jari terputus yang ditemui dikatakan sama dengan rekod yang dimiliki polis.
Menurut Pendakwaraya Paris, Francois Molins, nama Mostefai pernah disenarai polis pada 2010 sebagai seorang yang radikal namun tidak pernah dikaitkan dengan sebarang rangkaian pengganas atau terbabit dalam sebarang perancangan mengenainya.
BACA: Serangan bersiri Paris: Apa yang diketahui setakat ini
FOTO: Serangan bersiri di Paris, sekurang-kurangnya 129 maut
FOTO: #PrayForParis: Nyalaan merah, putih dan biru di mercu tanda dunia
Maklumat itu didedahkan selepas kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan lewat malam itu.
Presiden Perancis, Francois Hollande menyifatkan serangan itu sebagai satu ‘tindakan melancar perang’, hanya 10 bulan selepas serangan di pejabat majalah kartun Charlie Hebdo.
Sementara itu siasatan mencari dalang di sebalik insiden itu diperluaskan ke beberapa bandar di Eropah termasuk Belgium yang cuba mengenal pasti sama ada terdapat kaitan dengan seorang lelaki yang ditahan bersama bahan letupan baru-baru ini.
Agensi
Sun Nov 15 2015

Kesan jari terputus yang ditemui di lokasi serangan dikatakan sama dengan rekod yang dimiliki polis. - Foto Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penyerang pertama serangan di Paris dikenal pasti
Polis Perancis hari ini telah mengenal pasti seorang daripada tujuh penyerang bersenjata yang melakukan serangan sehingga meragut sekurang-kurangnya 129 nyawa dan mencederakan lebih 300 yang lain.