Seorang penyelam senior di pusat tarikan akuarium marin Underwater World Singapore (UWS) maut pada Selasa selepas ditusuk sengat pari pada bahagian dadanya, lapor portal berita Channel News Asia.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Haw Par Corporation mengesahkan bahawa Philip Chan, 62, ‘mengalami kecederaan di bahagian dada disebabkan ikan pari’ ketika membuat persiapan memindahkan hidupan marin ke sebuah akuarium baharu. Beliau merupakan penyelia kanan bahagian kurator UWS.
"Beliau meninggal dunia akibat kecederaannya beberapa jam selepas dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH),” ujar kenyataan itu.
Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menghantar ambulans pada Selasa ke UWS sekitar jam 2.20 petang. Sejurus tiba, anggota paramedik menemui Chan terbaring berdekatan pintu masuk pusat tersebut.
Situasi mangsa diperiksa sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) dilakukan kepadanya.
Dia kemudian digegas ke SGH dan pihak paramedik terus melakukan CPR sepanjang perjalanan, ujar SCDF.
Walaupun operasi UWS telah dihentikan sejak 26 Jun lalu, Chan adalah antara 10 petugas yang masih menjaga haiwan marin di situ sementara menunggu pusat penempatan baharu, ujar Haw Par Corporation.
"Dia seorang penyelam veteran, pakar akuarium dan penjaga haiwan yang selama ini menjaga haiwan akuatik di UWS sejak pembukaannya pada 1991,” tambah kenyataan itu.
Haw Par menjanjikan segala sokongan yang diperlukan keluarga dan waris terdekat Chan.
Agensi
Wed Oct 05 2016

UWS telah dihentikan operasi pada 26 Jun lalu, namun masih menyimpan banyak haiwan marin yang masih belum dipindahkan. - Foto AFP

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.

Misteri ikan pari bunting tanpa spesies jantan
Pemeriksaan dilakukan ke atas Charlotte mendapati terdapat kesan seperti ia mungkin mengawan dengan jerung.

Lebih banyak ikan jerung, pari diancam kepupusan
37 peratus ikan jerung dan pari dianggap berada dalam keadaan bahaya pada tahun 2021.

Pari gergasi 280 kilogram terjerat
Azeri berkata, dia bersama-sama tiga rakannya memasang pukat di sungai berkenaan awal pagi semalam sebelum menjerat pari gergasi itu.

Lelaki dituduh pukul isteri guna ekor ikan pari sehingga cedera di perut
tertuduh telah memukul isterinya yang berusia 31 tahun sehingga cedera di bahagian perut pada Selasa lalu di rumah mereka.

Penyelam veteran 'Underwater World' Singapura maut ditusuk sengat pari
Sewaktu anggota paramedik tiba, penyelam veteran itu sudah terbaring di pintu masuk pusat tarikan akuarium itu.