DI awal pembangunan kapal terbang, rekaan awal banyak mengambil inspirasi seperti tubuh burung kerana ia dilihat sebagai rekaan yang mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk berjaya.
Tetapi kita tahu sekarang ini adalah tidak benar sepenuhnya. Jadi adalah agak menarik melihat Northrop Grumman mengambil inspirasi daripada ikan pari untuk dron bawah laut mereka yang bakal digunakan oleh Tentera Amerika Syarikat.
Bukan sahaja rekaannya mirip ikan pari, nama dron ini sendiri ialah Manta Ray dengan ia dibangunkan sebagai projek membina dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Manta Ray akan digunakan untuk melakukan intipan dan juga rondaan tanpa dikesan oleh musuh.
Ia mempunyai mod menunggu dan boleh duduk di dasar laut sehinggalah diperlukan bagi menjalankan misi yang diberikan.
Spesifikasi penuh Manta Ray masih lagi dirahsiakan. Northrop Grumman sekadar berkata ia mempunyai rekaan modular bagi membolehkan ia melakukan pelbagai misi yang diperlukan.
Pembangunan dron udara dan darat berkembang maju dengan ia telah digunakan di medan perang seperti di Ukraine dan Syria.
Hanya beberapa minggu lalu Australia memperlihatkan dron bawah laut Ghost Shark yang akan melakukan misi yang sama dengan Manta Ray.
Amerika dan sekutunya melihat tentera China perlu dipantau di kawasan perairan Laut China Selatan dan dron swalayar ialah penyelesaian jangka pendek yang paling murah. - Amanz
Amanz
Fri May 03 2024

Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia. - Gambar/ Amanz

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.