BANGKOK:Penunjuk perasaan di Thailand meneruskan gesaan peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dengan berarak ke pejabatnya bagi menyerahkan surat meletak jawatan, malam tadi.
Perhimpunan pro-demokrasi yang diketuai pelajar universiti itu berarak menentang halangan pihak polis yang dilengkapi alat perisai rusuhan, namun tiada sebarang tindakan ganas tercetus.
Perarakan tersebut berlaku seiring dengan pengumuman rasmi Prayut yang memohon supaya isu terbabit dibincangkan dalam sesi Parlimen yang dipersetujui berlangsung pada 26 Oktober depan.
Penunjuk perasaan menyerahkan apa yang dikatakan surat peletakan jawatan PM dan mendesak bekas ketua tentera yang merampas kuasa pada 2014 itu untuk menandatangani surat tersebut.
Mereka mengugut akan kembali ke lokasi yang sama dalam masa tiga hari sekiranya Prayut tidak menandatangani surat itu, lapor agensi berita Thailand.
BACA: Kerajaan Thailand sedia tarik balik perintah darurat di Bangkok
Dalam pada itu, demonstrasi pro-kerajaan secara besar-besaran turut berlangsung di beberapa wilayah di luar Bangkok.
Diketuai oleh pihak berkuasa tempatan, demonstrasi menyokong institusi monarki Thailand itu melibatkan sekitar 20,000 penunjuk perasaan di Chiang Mai, Chon Buri, Lampang, Nan, Narathiwat dan Songkhla.
Ia adalah sebagai tindak balas serta bantahan terhadap demonstrasi pelajar yang diketuai pergerakan Free Youth dan The People itu.
Ia juga bagi menyambut ulang tahun ke-120 pemergian mendiang Puteri Srinagarindra, ibu kepada mendiang Raja Bhumibol Adulyadej.
Khamis lalu, Prayut mengisytiharkan "situasi darurat di Bangkok’" untuk mengharamkan perhimpunan lebih daripada lima orang, yang dilaksanakan pada 4 pagi (waktu tempatan) dalam usaha mengakhiri tunjuk perasaan jalanan yang berlarutan selama tiga bulan.
Pada Rabu, Prayut mengumumkan kerajaan Thailand bersedia untuk menarik balik perintah darurat di Bangkok sekiranya protes besar-besaran menuntut peletakan jawatan perdana menteri serta reformasi institusi monarki, kekal aman.
Agensi
Thu Oct 22 2020
Penunjuk perasaan menyerahkan apa yang dikatakan surat peletakan jawatan perdana menteri dan mendesak Prayut Chan-o-cha untuk menandatangani surat tersebut. - Foto REUTERS
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Populasi harimau di Thailand meningkat tiga kali ganda
Tanah seluas 18,730 km persegi yang membentang di sepanjang sempadan Thailand dengan Myanmar kini mempunyai 143 ekor harimau.
Gerakan belia Thailand mohon laksana dasar sifar rokok elektronik
Kanak-kanak seawal usia sembilan tahun didpati menggunakan rokok elektronik setiap hari termasuk mempunyai akses mudah.
PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.
Kondominium Thailand, pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.
Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.