NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata rakyat Korea Utara kini semakin tertindas selain penjagaan kesihatan yang lemah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Data PBB menunjukkan penindasan yang semakin meningkat terhadap hak kebebasan bersuara, privasi dan pergerakan, amalan buruh paksa yang berleluasa selain hak ekonomi dan sosial yang semakin buruk," kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, pada Khamis. .

Sesiapa sahaja yang melihat kandungan asing yang tidak sehaluan dengan kepimpinan negara itu Kim Jong Un - terutama dokumen atau video dari Korea Selatan - boleh dipenjara, katanya pada Majlis Keselamatan PBB.

Mereka yang menyebarkan kandungan sedemikian juga boleh dihukum penjara seumur hidup atau dihukum mati.

Pada masa yang sama, Korea Utara memaksa rakyatnya bekerja sebagai buruh paksa termasuk kanak-kanak.

Kelemahan ekonomi negara yang mengutamakan aspek ketenteraan yang tinggi itu menyebabkan berlaku "kebuluran melampau serta kekurangan ubat-ubatan yang teruk", katanya.

-- BERNAMA