Rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan membawa dulang telur tersebut di kawasan pasar yang sesak di wilayah Chonburi.
Watchara Chomkhun, 41, telah menghantar telur kepada penjual di pasar berkenaan lebih dari 10 tahun.
Dia berkata, sepanjang kariernya, dia tidak pernah menjatuhkan sebiji telur walaupun menghantar dulang telur setinggi enam kaki menggunakan motosikal miliknya.
"Mula-mula saya hanya membawa lima dulang sekali tetapi pelanggan saya sering merungut kerana lewat mendapat bekalan.
"Saya menambah jumlah dulang kepada 10, 15 dan sekarang 40 dulang.
"Saya pernah menjatuhkan beberapa biji ketika saya sedang berlatih tetapi apabila telah menjadi penghantar makanan sepenuh masa, saya tidak pernah menjatuhkan walaupun sebiji telur sepanjang karier saya," katanya.
Pelanggan Watchara memuji kehandalan penghantar makanan itu dan berkata dia sentiasa menepati masa penghantaran.