WASHINGTON:Pihak pendakwaraya mendedahkan video baharu sebagai bahan bukti dalam perbicaraan pendakwaan Donald Trump pada Rabu, yang menunjukkan kumpulan perusuh memecah masuk ke Capitol.
Rakaman menunjukkan perusuh memusnahkan tingkap dan pintu serta memburu Naib Presiden ketika itu, Mike Pence dan Speaker Dewan Perwakilan (DPR), Nancy Pelosi.
Turut dapat disaksikan dalam video mengerikan itu ialah bagaimana anggota polis terdesak meminta bantuan menerusi radio mereka.
Dalam rakaman dari kamera keselamatan itu, para perusuh dilihat berkeliaran sambil melaungkan "Gantung Mike Pence", sambil membawa senjata.
Video berkenaan juga memaparkan polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai melalui tingkap yang pecah, menyebabkan seorang wanita, Ashli Babbitt, maut.
Pence kemudiannya dibawa bersembunyi di sebuah pejabat bersama keluarganya, dengan jarak hanya 100 kaki dari perusuh.
Pelosi dipindahkan dari kompleks tersebut manakala kakitangannya bersembunyi di sebalik pintu di pejabatnya.
Anggota polis yang panik dengan jumlah perusuh yang semakin tidak terkawal, membuat pengumuman agar semua anggota mencari tempat berlindung. Seorang anggota polis tersepit dan seorang lagi didakwa mengalami serangan jantung.
"Mereka melakukannya kerana Donald Trump menghantar mereka dalam misi ini," kata pendakwaraya, Stacey Plaskett, perwakilan Demokrat yang mewakili Kepulauan Virgin.
Wakil Demokrat menunjukkan banyak bukti dari bekas presiden itu sendiri, antaranya ratusan ciapan di Twitter dan komen Trump yang membangkitkan protes pada 6 Januari lalu, demi menebus kekalahannya dalam pilihanraya Presiden AS.
Trump kemudian tidak melakukan apa-apa untuk membendung situasi tersebut dan hanya 'menyaksikan insiden itu dengan gembira'.
Trump adalah presiden pertama berdepan pendkawaan selepas tamat penggal pentadbiran.
Beliau juga presiden pertama berdepan pendakwaan sebanyak dua kali.
AP Newsroom
Thu Feb 11 2021

Rakaman video keselamatan menunjukkan Naib Presiden Mike Pence bersama ahli keluarganya meninggalkan tingkat Senate sebaik sahaja kumpulan perusuh memasuki bangunan Capitol. - Foto Senate Television via AP

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

Tukar nama Teluk Mexico, Presiden Mexico beri amaran tindakan undang-undang terhadap Google
Sheinbaum menegaskan bahawa perintah eksekutif Trump hanya terpakai kepada pelantar benua Amerika Syarikat dan bukan keseluruhan teluk, yang turut melibatkan tuntutan wilayah oleh Mexico dan Cuba.

Hanya segelintir pemimpin AS setuju ambil alih Gaza - Senator AS
Hanya segelintir pemimpin Amerika Syarikat (AS) yang senada dengan hasrat Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih Gaza.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Pasaran getah KL ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.