Katedral Notre Dame dilindungi daripada ancaman cuaca buruk yang diramal akan melanda Paris minggu ini.

Ketua arkitek, Phillippe Villeneuve yang bertanggungjawab memulihkan gereja tersebut, telah melantik pendaki gunung professional untuk memasang penutup tarp sementara pada bangunan yang terdedah itu.

Cuaca buruk yang bakal melanda berpotensi menyebabkan lebih kerosakan terhadap katedral yang berusia 850 tahun itu.

Bumbungnya masih musnah dan belum dibaiki susulan kebakaran yang berlaku minggu lalu.

Notre Dame dijangka hanya akan dibuka semula dalam tempoh lima hingga enam tahun.

BACA: Struktur utama Katedral Notre Dame berjaya diselamatkan - Bomba





Bagaimanapun, Presiden Perancis Emmanuel Macron berharap bangunan ikonik itu dapat dipulihkan secepat mungkin.

BACA: Pelik tapi logik! Katedral Notre Dame boleh dibina semula dengan permainan video

Siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan di situ.