ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 8 Julai 2024.


1. Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX

Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah serta membayar denda AS$243.6 juta bagi menyelesaikan siasatan berhubung kes kemalangan maut dua pesawat 737 MAX, menurut kerajaan dalam satu pemfailan di mahkamah, semalam.



2. Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluan paling kanan selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.


3. Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan

Presiden Perancis Emmanuel Macron mesti mengaku kalah dalam pilihan raya parlimen Perancis, di mana pakatan sayap kiri 'New Popular Front' (NFP) memenangi kerusi terbanyak walaupun tidak mencapai jumlah majoriti mutlak.


4. PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin

Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.


5. Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel

Seorang pegawai kanan pentadbiran Hamas antara empat orang terkorban dalam serangan udara tentera Israel ke atas sebuah sekolah di Bandar Gaza pada Ahad.


6. Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia

Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan, lapor Xinhua.


7. 10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas

Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Treinta y Tres, Uruguay pada awal pagi Ahad mengorbankan 10 orang, menurut Jabatan Bomba Nasional, lapor Xinhua.


8. 6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, empat cedera manakala 26 lagi hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah lombong emas di daerah Bone Bolango, wilayah Gorontalo di utara Pulau Sulawesi pada Ahad.


9. Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun

Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.


10. 30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama

Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-drama).