PARIS: Majlis Perlembagaan Perancis menolak semua bantahan terhadap penjadualan saat-saat akhir pilihan raya parlimen dalam keputusan pada Khamis.

Tarikh akhir tidak melanggar perlembagaan dan tidak menjejaskan keseriusan pilihan raya, kata Majlis Perlembagaan.

Presiden Emmanuel Macron menyeru pilihan raya kilat Dewan Negara selepas kekalahannya yang teruk kepada golongan nasionalis sayap kanan dalam pilihan raya Parlimen Eropah awal bulan ini.

Pengundi akan keluar mengundi dalam dua peringkat pada 30 Jun dan 7 Julai.

Majlis Perlembagaan telah menerima aduan yang mempersoalkan kesahihan tarikh akhir yang singkat untuk menganjurkan dan mengadakan pilihan raya.

Parti-parti mempunyai masa sehingga Ahad untuk menyusun senarai calon mereka bagi kawasan pilihan raya dan kini dalam mod kempen pilihan raya.

Bimbang terhadap parti berhaluan kanan, ratusan ribu orang turun ke jalanan hujung minggu lepas untuk memprotes.

Pada Khamis, ratusan orang di bandar pelabuhan Marseille juga menyahut seruan kesatuan sekerja CGT untuk memprotes terhadap parti sayap kanan Marine Le Pen, Parti National Rally.

-- BERNAMA