Agensi-agensi Singapura kini berhubungan dengan agensi berkaitan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa pencemaran kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata mereka sentiasa memantau kejadian tersebut secara dekat.
"Kami faham operasi pembersihan oleh pihak berkuasa Malaysia sedang berjalan. Kawasan terlibat berada di luar kawasan tadahan Sungai Johor dan tidak ada sebarang kesan terhadap bekalan air Singapura," katanya.
Menurut kenyataan itu, SCDF, NEA dan agensi air PUB tidak mengesan kehadiran bahan asing dalam kualiti air dan udara tempatan.
"Pihak berkuasa Agri-Makanan dan Veterinar (AVA) juga bekerjasama dengan para petani bagi memantau situasi dan tiada bahan asing atau perubahan terhadap ikan yang berlaku di kolam-kolam ikan kita," kata kenyataan itu lagi.
BACA: Usul ditolak kerana Kerajaan Johor tidak mohon isytihar darurat - Hanipa
Kenyataan itu menambah, Indeks Piawaian Pencemaran 24 jan (PSI) sejak 6 Mac 2019 berada dalam keadaan baik ke sederhana, sementara bacaan 1-hr PM2.5 masih kekal pada Band 1 (Normal).
"NEA tidak mengesan sebarang kenaikan paras benzene atau lain-lain sebatian Organik Meruap (VOCs) di stesen-stesen pemantauan udara kami.
"Tahap ambien VOC di sepanjang pantai Singapura kekal pada paras selamat. Kualiti air laut di sekitar Pulau Ubin berada pada paras normal," katanya.
Pihak berkuasa berkata, mereka akan terus memantau situasi ini, dan akan memberikan maklumat terkini jika terdapat perkembangan yang penting.
Sehingga kini, 947 orang awam dirawat di hospital-hospital kerajaan dan swasta dengan sembilan daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2019

SCDF, NEA dan agensi air PUB tidak mengesan kehadiran bahan asing dalam kualiti air dan udara tempatan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pencemaran bahan kimia: Singapura tidak terjejas
Agensi-agensi Singapura kini berhubungan dengan agensi berkaitan Malaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa pencemaran kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.