Pemisahan daripada Malaysia adalah 'detik paling menyeksakan' bagi Lee Kuan Yew, tetapi ia terbukti menjadi titik perubahan ke arah hala tuju Singapura yang membawa tuah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Kuan Yew, Perdana Menteri pengasas Singapura yang memperjuangkan kemerdekaan bagi Singapura melalui "Penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu" untuk membentuk Persekutuan Malaysia yang baharu.
"Beliau berusaha bertungkus lumus untuk merealisasikannya, dan berjaya.
"Malangnya tidak lama kemudian penggabungan itu gagal, dan kami dikeluarkan daripada Malaysia," kata Hsien Loong dalam kata-kata penghargaan semasa upacara pengebumian negara untuk mendiang bapanya.
Daripada abu pemisahan itu, Hsien Loong berkata, Kuan Yew telah membangunkan sebuah negara.
Beliau berkata, perkara paling mudah untuk dilakukan adalah merayu kepada pengundi kaum Cina sahaja.
Sebaliknya, Kuan Yew menaruh impian untuk mewujudkan sebuah negara yang berbilang kaum, pelbagai agama.
Singapura tidak berdasarkan pada bangsa, bahasa atau agama, tetapi berteraskan nilai-nilai asas – pelbagai kaum, kesaksamaan, meritokrasi, integriti, dan keluhuran undang-undang.
Kuan Yew mengisytiharkan: "Ini bukan sebuah negara milik mana-mana komuniti tunggal; Ia adalah milik kita semua."
Hsien Loong berkata, Kuan Yew berkeras untuk mengekalkan bahasa-bahasa ibunda walaupun bahasa Inggeris menjadi keutamaan.
Lebih-lebih lagi, katanya Kuan Yew adalah seorang pejuang. Semasa berdepan krisis, beliau berkata, apabila semua membayangkan tiada harapan, Kuan Yew kekal bersifat enggan mengaku kalah, pintar, tegas dan berpendirian tetap dalam memperjuangkan sesuatu.
"Oleh kerana beliau tidak pernah goyah, kami tidak pernah teragak-agak. Ini kerana beliau sanggup berjuang, kami mendapat keberanian dan berjuang bersama-sama beliau dan mencapai kemenangan.
"Atas semangat juang itu, Encik Lee mengangkat Singapura daripada taraf Dunia Ketiga untuk menjadi taraf Dunia Pertama," kata Hsien Loong.
Bernama
Mon Mar 30 2015
HSIEN LOONG: Pemisahan daripada Malaysia adalah 'detik paling menyeksakan' bagi Lee Kuan Yew. -Gambar fail
Tiga borang pencalonan PRK Nenggiri dibeli setakat ini - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan mengesahkan tiga borang pencalonan bagi PRK Nenggiri di Gua Musang telah dibeli setakat ini.
Rafizi jawab tohmahan ringgit turun, saham turun, pelabur lari
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyelar hantaran portal berita pro-PAS yang mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi ekonomi negara yang tidak berasaskan kepada fakta.
IPCC terima 348 aduan - Saifuddin Nasution
Sebanyak 348 aduan diterima Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sejak berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Reformasi SPRM: Wujud suruhanjaya khas lindung kebebasan SPRM
Muhammad Faisal berkata, tambahan klausa Perkara 141B Perlembagaan Persekutuan diperlukan untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas dalam aspek pengamalan dan operasi.
Anggota JPJ tidak mengaku salah atas 40 pertuduhan rasuah melibatkan nilai RM42,100
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa atas 40 pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM42,100, antara 2016 hingga 2019.
Tertuduh, Mohamad Sobri Osman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.
Tertuduh, Mohamad Sobri Osman, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini.
Pelancong Maghribi mengaku salah cabul pekerja spa
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah kerana mencabul seorang juruterapi warga tempatan di Pulau Perhentian, Besut.
Busana perarakan kontinjen Malaysia di Olimpik Paris elegan, diperkenal Rabu depan - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pakaian yang dicipta khas untuk kontinjen Malaysia pada upacara perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai rekaan yang elegan.
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony ditangguh 1 Ogos
Pendengaran rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara serta denda kerana memalsukan dokumen ditangguhkan ke 1 Ogos.
'Duduk, duduk...' MP Hulu Langat-Besut bertikam lidah
Tan Sri Johari Abdul memberi penjelasan berhubung soalan-soalan dibangkitkan Che Mohamad, sebelum Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan bangkit mencelah dan meminta Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu duduk.
Ranking Daya Saing: MOF, MITI tubuh jawatankuasa, baiki ranking negara
Gerak kerja jawatankuasa itu telah bermula dengan perbincangan bersama semua kementerian dan agensi relevan dengan ranking tersebut.
PM Singapura Lawrence Wong sampai ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertama 18 Ogos
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan pertamanya pada 18 Ogos.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.