PUTRAJAYA: Jemaah Menteri Malaysia menzahirkan ucapan tahniah kepada Lawrence Wong atas pelantikan sebagai Perdana Menteri baharu Singapura.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
“Mesyuarat Kabinet hari ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dan dalam perutusannya mewakili Jemaah Menteri, mengucapkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri baharu Singapura.
“Sudah pasti perkara ini akan disusuli dengan ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakan sejawatnya itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 8 malam di Istana.
Wong, seorang penjawat awam sebelum menceburi arena politik pada tahun 2011, dilihat sebagai calon perdana menteri selepas dinamakan sebagai pemimpin pasukan generasi keempat (4G) Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada April 2022.
Ia adalah selepas Timbalan Perdana Menteri, Heng Swee Keat berundur daripada peranan itu.
Penyerahan teraju pucuk pimpinan itu disahkan selepas kenyataan pada 15 April apabila Lee mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan pada 15 Mei.
Wong yang mendapat sokongan sebulat suara Ahli Parlimen (MP) PAP, akan menggantikannya.
-ENDS-
Ridauddin Daud
Wed May 15 2024
Fahmi menzahirkan ucapan tahniah Jemaah Menteri Malaysia kepada Lawrence Wong atas pelantikan sebagai Perdana Menteri baharu Singapura. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Sebahagian rangkaian jalur lebar 5G boleh dimanfaat pihak berkuasa - Fahmi
Rangkaian 5G mempunyai keupayaan menyediakan jalur lebar khusus untuk komunikasi tersulit diwujudkan demi manfaat organisasi agensi penguatkuasaan.
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Kes pukul OKU: Perbuatan tidak wajar, perlu diambil tindakan - Fahmi
Fahmi menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan kandungan media sosial dan platform lain yang sering menjadi lubuk sebaran maklumat palsu.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi luang masa ziarah pemimpin, mantan pemimpin PKR Kelantan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa menziarahi seorang mantan pemimpin PKR Kelantan semasa berada di negeri itu semalam.
264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.