ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.


1. Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan

Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Selasa.



2. Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang

Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.


3. Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun

Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.


4. Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin

Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.


5. Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac

Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.


6. Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba

DILILIT keffiyeh sambil mengibarkan bendera Palestin, ribuan rakyat Palestin di Israel berarak berhampiran bandar Haifa pada Selasa untuk memperingati Nakba, peristiwa malapetaka rampasan besar-besaran terhadap Palestin dalam perang 1948.


7. Polis tahan Rajesh Kapoor curi barang kemas penumpang dalam 200 penerbangan

Seorang lelaki di India ditahan kerana disyaki mencuri barang kemas dan barang berharga lain daripada penumpang pesawat semasa 200 penerbangan yang dinaikinya sejak tahun lepas.


8. Google Gemini boleh jadi pemandu pelancong dengan langganan premium

Ciri ini adalah lebih maju dan hebat berbanding pemalam Google Flights pada Gemini.


9. Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung

Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.


10. Palang Merah buka hospital medan di Rafah

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.