SINGAPURA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Sultan Ibrahim bertitah sikap dedikasi serta pandangan jauh Lee telah menyaksikan Malaysia dan Singapura menjalin hubungan kerjasama yang erat ke arah membina masa depan lebih baik.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pengganti Lee iaitu Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri baharu pada 15 Mei ini.
"Beta amat yakin kepimpinan beliau akan terus memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara kita," titah Sultan Ibrahim pada Jamuan Negara yang berlangsung di kediaman rasmi Presiden Singapura iaitu The Istana malam ini.
Jamuan itu, yang dihoskan oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam, adalah sempena Lawatan Negara dua hari Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke republik berkenaan.
Mengimbau kembali hubungan kedua-dua negara, Sultan Ibrahim bertitah Malaysia dan Singapura memiliki hubungan istimewa yang diikat oleh sejarah serta budaya serupa selain hubungan ekonomi yang rapat.
"Antara elemen teras hubungan kita ialah Johor dan Singapura telah menikmati hubungan yang begitu baik sejak beberapa dekad," titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut berkenan memberi penghormatan kepada pengasas Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew kerana menjadi ketua arkitek republik itu dan berkongsi kisah hubungan rapat baginda dengan keluarga Lee.
"Beliau telah meletakkan asas kukuh yang penting untuk republik ini. Beliau telah membimbing ramai orang dan suka bersyarah. Beta sendiri tidak terlepas daripada mendengar syarahan beliau. Beliau memberi syarahan mengenai pelbagai topik kepada beta dan banyak yang beta telah belajar daripada beliau," titah Sultan Ibrahim.
Seri Paduka Baginda bertitah Perdana Menteri pertama Singapura itu, antara lain, berkongsi keperluan untuk kekal konsisten dalam sesuatu dasar kerana ia akan menarik pelabur jangka panjang yang penting kepada pertumbuhan ekonomi.
Terdahulu, Sultan Ibrahim dan Presiden Singapura melancarkan rekaan setem keluaran bersama Pos Malaysia dan SingPost bagi memulakan sambutan ulang tahun ke-100 Tambak Johor tahun ini.
Kedua-dua pemimpin turut melihat pameran foto mengenai sejarah dan peristiwa penting Tambak Johor.
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah tiba di Singapura hari ini untuk lawatan negara dua hari ke republik itu.
Lawatan itu, yang pertama sejak Seri Paduka Baginda menaiki takhta persekutuan pada 31 Jan lepas, adalah atas jemputan Presiden Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia. - Foto BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan salam Israk dan Mikraj
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan salam Israk dan Mikraj.

Agong, Permaisuri ucap Selamat Tahun Baharu 2025
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025.

Agong terima menghadap Rais Tatarstan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Rais (Presiden) Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov di Istana Negara hari ini.

Potret rasmi Agong, Raja Permaisuri mula diedar esok
Potret rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah akan mula diedarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Agong sambut Hari Bapa bersama anakanda
Perkara itu dikongsikan Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim mainkan peranan penting pertingkat hubungan Malaysia-Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan hubungan dan persahabatan antara Malaysia dan Singapura, kata Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.

Agong mahu penjelasan kelewatan pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

Agong berkenan buat tinjauan udara sekitar Mersing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan meninjau persekitaran daerah Mersing, Johor melalui udara.